Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM
Kategori: Bahagian
Hit: 46684

Objektif Bahagian Khidmat Pengurusan

 

Khidmat Pengurusan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) terdiri daripada empat (4) Cawangan Utama:

  1. Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
  2. Cawangan Pengurusan Aset dan Pentadbiran
  3. Cawangan Kewangan dan Perolehan
  4. Cawangan Teknologi Maklumat

Cawangan Pengurusan Sumber Manusia

Cawangan ini terdiri daripada 2 unit iaitu :

Pembangunan Sumber Manusia dan Pengurusan Prestasi/Tatatertib

  • Menguruskan kursus/ latihan softskills di dalam dan luar negara
  • Menguruskan Mesy JK Tadbir Urus (JITU), JK Latihan (MJKL), Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Lembaga Tatatertib dan Panel PPSM
  • Mentadbir dan menyelia pelaksanaan HRMIS Jabatan
  • Menyellia kes tatatertib Jabatan
  • Melaksana urusan kenaikan pangkat
  • Menyelia urusan tapisan keutuhan SPRM
  • Menguruskan permohonan tapisan keselamatan kakitangan Jabatan
  • HRMIS - menguruskan pelaksanaan HRMIS kepada kakitangan di Ibu Pejabat JTM dan ILJTM

 

Perkhidmatan dan Pembangunan Organisasi    

  • Melaksanakan urusan perkhidmatan yang melibatkan pelantikan, pengesahan, pemberian taraf berpencen, penamatan, persaraan Jabatan
  • Menguruskan permohonan berkaitan kemudahan, tuntutan dan permohonan cuti mengikut kategori yang diperincikan dalam Perintah Am Bab C
  • Menguruskan urusan penempatan pegawai dan perjawatan serta menjadi urusetia Mesy Pertukaran Jabatan
  • Menguruskan pelantikan PSH dan kontrak
  • Mengkaji keperluan perjawatan dan organisasi serta meluluskan hal-hal pembangunan organisasi Jabatan

 

 

Cawangan Pengurusan Aset dan Pentadbiran

  • Mengendalikan Sistem fail, surat menyurat dan pekeliling
  • Menyelaras urusan parlimen
  • Menguruskan hal-hal mengenai ruang pejabat dan penyewaan ruang pejabat
  • Menguruskan hal-hal keselamatan pejabat, personel dan dokumen
  • Menguruskan hal-hal pentadbiran am, bilik-bilik mesyuarat dan keperluan mesyuarat
  • Menguruskan kenderaan jabatan dan mematuhi pekeliling-pekeliling berkaitan
  • Menguruskan hal-hal berkaitan dengan aset alih Jabatan

 

 Unit Aset 

  • Mengurus stor dan inventori Jabatan
  • Menguruskan hal-hal pelupusan dan hapuskira aset Jabatan
  • Mengurus proses kehilangan aset Jabatan
  • Urusetia Mesy J/K Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) dan JKPAK Fasiliti

 

Cawangan Kewangan dan Perolehan

Unit Kewangan 

  • Menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan Jabatan
  • Menguruskan pembayaran gaji, perkhidmatan & bekalan
  • Mengeluarkan Waran Peruntukan Kecil kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ), Waran Tarik Balik dan Pindah Peruntukan
  • Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun serta Akaun Amanah
  • Menyelaras semua perakaunan jabatan dan ILJTM

Unit Perolehan 

  • Menyelaras, menyemak permohonan sebutharga bagi bekalan & perkhidmatan
  • Menjadi Urusetia Mesy J/K Sebutharga Jabatan dan Mesy J/K Pasukan Pelaksanan e-perolehan
  • Mengurus perolehan peralatan dan gunasama di bawah Anggaran Peruntukan Jabatan
  • Memberi khidmat nasihat kepada ILJTM dalam urusan perolehan secara sebutharga dan pembelian terus

 

 

Cawangan Teknologi Maklumat

  • Mengurus keseluruhan keperluan prasarana infrastruktur ICT, capaian Internet, Rangkaian & Keselamatan ICT Jabatan
  • Mengurus dan menyelaras Portal JTM, Emel 1GovUC JTM
  • Memberi khidmat sokongan tenikal ICT
  • Mengurus Pusat Data JTM
  • Mengurus pelaksanaan Aplikasi Training Management System (TMS) di semua ILJTM
  • Urusetia Mest JPICT JTM dan Mesy ICT lain

 

 

Click to listen highlighted text! Powered By JTM