ARAS 6, BLOK D4, KOMPLEKS D, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62530 PUTRAJAYA.
TEL: 03-88865555 FAKS:03-88892417

  DOKUMENTASI CAWANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)

Edaran Dokumentasi (Dokumen/Memo/Lampiran) yang dikeluarkan

:: JTM PORTAL ::

           ARAHAN MENGEMAS KINI LAMAN WEB ILJTM 2008 (Dikemaskini: 4 September 2008)

       Semua ILJTM diarahkan melaksana kerja-kerja mengemas kini laman web/portal institut tuan masing-masing dari masa ke semasa dengan memastikan kandungan dalam laman web/portal adalah terkini dan sahih terutama bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan sama ada di dalam versi Melayu atau versi Inggeris.

     Semua laman web ILJTM mestilah interaktif dan perlu juga mematuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Laman Web Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Sebagai panduan disertakan senarai semak kriteria tersebut seperti di Lampiran 1 atau muat turun di pautan www.jtm.gov.my/ICTJTM dan perlu dilengkapkan serta dikembalikan ke Ibu Pejabat JTM melalui e-mel rostam@mohr.gov.my sebelum 11 September 2008 (Khamis).

     Pematuhan kriteria tersebut terutama bagi ciri-ciri asas mandatori laman web perlu disiapkan sebelum 15 Oktober 2008 (Rabu) dan sekali lagi Lampiran 1 perlu dihantar ke Ibu Pejabat JTM untuk dimajukan ke peringkat Jawatankuasa Laman Web KSM.

Untuk tujuan muat turun sila KLIK Kanan dan pilih "Save Target As..." pada file seperti berikut:-

1.    Lampiran 1 - Kriteria Laman Web ILJTM 2008.doc    (251 KB)

       PERHATIAN: Makumbalas ini perlu dihantar untuk kali pertama (Sebelum Memenuhi Kriteria) pada sebelum 11 September 2008 (Khamis) dan kali ke kedua (Selepas Memenuhi Kriteria) pada sebelum 15 Oktober 2008 (Rabu) kepada Ibu Pejabat JTM melalui e-mel rostam@mohr.gov.my.

 

ICT JTM 2007 (Dikemaskini: 7 Mac 2008)

Panduan Keselamatan ICT JTM yang telah diluluskan dan diperakui oleh Jawatankuasa Pengurusan ICT JTM pada 4 Mac 2008.

Objektif Panduan Keselamatan ICT JTM ini diwujudkan adalah untuk menjamin kesinambungan urusan JTM dengan meminimumkan kesan insiden

keselamatan ICT. Panduan Keselamatan ICT ini juga mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) JTM. Panduan ini juga menerangkan kepada semua pengguna di JTM mengenai tanggungjawab dan peranan

mereka dalam melindungi aset ICT JTM.

Untuk tujuan muat turun sila KLIK Kanan dan pilih "Save Target As..." pada file seperti berikut:-

1.    Panduan Keselamatan ICT JTM.pdf    (363 KB)

 

Jika terdapat sebarang masalah berkenaan capaian borang, sila hubungi pegawai berikut:-

En. Rostam bin Hashim
Penolong Pengarah (Kawalan Teknikal)
Talian Terus : 03- 8886 5544
Faks : 03- 8889 2417
E-mel: rostam@mohr.gov.my