| Panduan Kemasukan |
|
|
|
1. PENGENALAN Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. ILJTM terdiri daripada dua puluh dua (22) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat (4) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTi). ILP menawarkan program peringkat sijil, sementara ADTEC dan JMTi menawarkan program peringkat Diploma. dan Diploma Lanjutan. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian. 2. PENGAMBILAN PELAJAR Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan kemasukan akan dikeluarkan 3 bulan sebelum tarikh pengambilan. 3. PILIHAN INSTITUT & KURSUS Setiap pemohon bebas memilih institusi latihan, namun demikian tiga jenis (3) kursus yang dipohon mestilah ditawarkan oleh institut tersebut. Pemilihan kursus hendaklah mengikut kelayakan yang telah ditetapkan. 4. FASILITI JTM menyediakan pelbagai kemudahan di setiap Institusi latihannya; seperti kemudahan asrama, makanan, dewan kuliah, makmal, bengkel latihan, kemudahan sukan & riadah, kantin, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya. 5. CAJ a) Yuran Pengajian:
|
| Seterusnya > |
|---|



