|
Bekas Pelajar ILP Bukit Katil Diberi Kepercayaan Membangun Makmal Mikroelektronik Yang Pertama di Vietnam Bekas pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil Melaka, Encik Henry Tan pelajar Elektronik Industri sesi 2/1989 telah diberi kepercayaan dan berjaya membangun satu makmal Mikroelektronik di Vietnam University Ho Chi Minh City ,Vietnam. Pembangunan makmal ini dengan kemudahan bilik bersih (Clean Room) adalah untuk rekabentuk dan pengeluaran komponen separuh pengalir. Makmal ini adalah yang pertama seumpamanya di Vietnam.
Beliau berkata, pihak Vietnam memerlukan satu makmal yang berupaya berfungsi mengeluarkan komponen separuh pengalir seperti satu kilang pengeluaran dan pada yang sama boleh berfungsi untuk melatih tenaga kerja dalam bidang Mikroelektronik di Vietnam. Negara Vietnam adalah dalam proses menarik pelabur-pelabur asing terutama dalam industri mikroelektronik dan dalam persediaan menyediakan tenaga kerja dalam industri pengeluaran komponen separuh pengalir. Dengan kos tenaga buruh yang murah, Vietnam akan memberi saingan kepada negara-negara ASEAN yang lain terutama Malaysia. Dengan peruntukan yang terhad, pihak kerajaan Vietnam hanya mampu menyedikan kemudahan latihan tetapi untuk kos operasinya terpaksa ditanggung sendiri oleh pihak Universiti. Beliau berkata, hasil rundingan diantara pihaknya dengan pihak Vietnam, pengeluaran diod pengeluar cahaya (LED) adalah komponen pertama yang dikeluarkan dan seterusnya dipasarkan untuk menampung kos operasi. Peralatan, mesin dan sokongan teknikal yang pihaknya sediakan mampu dipertingkatkan keupayaan untuk mengeluarkan komponen lain jika pihak Vietnam telah bersedia dengan kemahiran dan kepakaran. Walaubagaimana pun pencapaiannya, beliau tetap berterimakasih dengan pihak ILP kerana telah berjaya mendidik dan melatihnya bersaing dalam dunia perniagaan diperingkat global yang sangat mencabar, beliau juga telah menyahut seruan kerajaan untuk mengeskport kepakaran Malaysia ke luar negara dengan membawa produk “Buatan Malaysia”. Beliau juga menasihatkan para pelajar lepasan ILP supaya menceburi dunia keusahawanan kerana peluangnya adalah terbuka luas |