|
Kuala Lumpur 18 November – Pertandingan Kemahiran ASEAN 2008 (ASC 2008) telah berlangsung di Akademi Binaan Malaysia, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur mulai 14 November 2008 sehingga 16 November 2008. Peserta JTM mewakili negara menerima pingat emas.
Acara kemahiran terbesar ini disertai oleh semua 10 negara ASEAN membabitkan 386 peserta dalam 19 bidang kemahiran. Antara kategori yang dipertandingkan ialah penerapan bata, pembuatan kabinet, rekabentuk dan lukisan berasaskan komputer (CADD), masakan, pendawaian elektrik, penggunaan perisian dan teknologi maklumat, teknologi rekabentuk grafik serta elektronik industri. Turut dipertandingkan ialah kategori pembuatan pakaian wanita, pertukangan kayu, mekatronik, kerja memasang paip, khidmat restoran, penyejukbekuan, penjubinan, rekabentuk laman web, teknologi automobil, terapi kecantikan dan kimpalan. Antara objektif pertandingan ini adalah untuk mempromosi pembangunan kemahiran teknikal serta nilaian kerja di kalangan pekerja mahir dan golongan belia. Ia juga bertujuan untuk memartabatkan kerjasama teknikal dalam pendidikan vokasional dan teknikal di kalangan negara anggota serta menggalakan kerjasama antara negara ASEAN, industri, organisasi, majikan, pekerja dan institusi latihan kemahiran. Dalam pertandingan ini pelajar ILP Bukit Katil, Hue Kai Hong telah dipilih mewakili negara dalam bidang elektronik industri, pemilihan ini berdasarkan kemenangannya memenangi pingat emas dalam pertandingan kemahiran Malaysia 2007. Inilah kali pertama negara menghantar wakil bagi bidang kemahiran elektronik industri ke pertandingan kemahiran peringkat antarabangsa. Beliau memulakan latihan intensif mulai januari 2008 dengan dibimbing oleh dua orang tenaga pengajar ILP Bukit Katil selaku jurulatih yang dilantik oleh Majlis Kemahiran Malaysia iaitu En. Mohini bin Kamaruddin yang mempunyi pengalaman sebagai jurulatih kepada pemenang lima pingat emas dan empat pingat perak dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia. Sementara En. Norzairizwan Hafeez bin Nordin mempunyi pengalaman sebagai jurulatih pemenang dua pingat emas dan dua pingat perak dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia. Beliau juga adalah pemenang pingat emas dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia tahun 1999. Dalam pertandingan yang telah diadakan pada 14 November 2008 sehingga 16 November peserta negara bagi bidang kemahiran elektronik industri ini terpaksa bersaing dengan negara seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan Singapura. Hue Kai Hong telah berjaya memperolehi pingat emas selain turut dinobat sebagai peserta negara paling cemerlang dengan memperolehi markah tertinggi dalam pasukan negara bagi pertandingan ini dengan anugerah “Best Nation Award”. Dalam pertandingan ini Malaysia berjaya memperoleh enam pingat emas, tujuh perak dan tujuh gangsa. Bidang-bidang lain yang memperoleh emas adalah kategori teknologi automobil, penerapan bata, pembuatan kabinet, pendawaian elektrik dan kerja memasang paip. Pada majlis penutup pertandingan Menteri Kerja Raya Datuk Ir. Mohd. Zain Mohamed turut menyerahkan bendara ASEAN SKILLS (ASC) kepada wakil delegasi Thailand, Nakhon Silapacha yang akan menjadi tuan rumah pertandingan itu pada tahun 2010. Peserta negara menerima pingat emas Lagi berita melalui Berita Minggu pada 23 November 2008 sila klik disini |