|
Majlis MoU Bersama PMTSB dan MMHE di ILP Mersing & ILP Pasir Gudang |
|
|
|
|
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara JTM melalui ILP Mersing dan ILP Pasir Gudang dengan PETRONAS Management Training Sdn Bhd (PMTSB) dan Malaysian Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) telah diadakan pada 29 Januari 2009 bertempat di ILP Mersing.
MoU ini telah disempurnakan oleh Naib Presiden Bahagian Pendidikan, PETRONAS, Datuk Dr Rosti Saruwono dan ditandatangani bersama oleh En. Romli bin Hj. Hassan, Ketua Pengarah JTM, En. Khairul Azman Yassin Ketua Pegawai Eksekutif, PMTSB dan En. Wan Yusoff Wan Hamat, Ketua Pegawai Eksekutif MMHE. Skop kerjasama adalah untuk peningkatan latihan teknikal pelajar-pelajar ILJTM dalam bidang kimpalan peringkat 3G dan 4G bagi memenuhi permintaan tenaga kerja mahir di dalam industri minyak dan gas malaysia. Pelajar-pelajar yang terpilih akan menjalani latihan dalam industri selama 1 bulan di MMHE dan akan ditawarkan pekerjaan samada di MMHE atau kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh MMHE. Pelajar-pelajar ILJTM bidang kimpalan dan yang berkaitan dengannya yang mempunyai SKM 1 dan 2 yang berminat untuk mengikuti kursus kimpalan peringkat 3G dan 4G bolehlah menghubungi Unit Pengurusan Latihan ILP Mersing di talian 07-792 1700 untuk ditemuduga. |
|
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 13 April 2009 )
|