|
MOU di Antara Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Dengan Labuan Shipyard And Engineering (LSE) Sdn. Bhd |
|
|
|
|
There are no translations available
Majlis Memorandum Persefahaman antara Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Labuan Shipyard and Engineering (LSE) Sdn. Bhd. telah diadakan pada 2 Disember 2009 sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA '09) di Langkawi, Kedah. Tujuan memorandum persefahaman diadakan bagi melatih tenaga kerja mahir dan separa mahir dalam bidang Perkapalan dan Maritim di mana Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan akan mengendalikan program Latihan Kemahiran LSE-ILP (LISTP) yang melibatkan Labuan Shipyard Engineering (LSE), sebuah anak syarikat penuh Realmild Sdn.Bhd. Sebagai usaha untuk memantapkan lagi kerjasama, kedua belah pihak telah bersetuju untuk menjalankan kerjasama ini dengan objektif baru seperti berikut: - memilih dan mengiktiraf bekas pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran terdahulu dalam perkapalan, maritim dan seumpamanya sebagai faktor tambah nilai (value-added factor);
- menggalakkan minat belia di Wilayah Borneo dan semenanjung untuk menjadi pekerja mahir di sektor industri;
- memajukan lagi program SLDN (Sistem Latihan Dual Nasional) memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang pentingnya bidang kemahiran kepada pembangunan negara.
- memberi peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja yang diberhentikan sekiranya kelayakan mereka setara atau dilatih semula dalam bidang perkapalan dan maritim.
|