| Executive Seminar Talk |
|
|
|
|
Unit CESS ILP Ledang, telah mengadakan satu program ‘Executive Seminar Talk’ bersama Syarikat Precision Industries Sdn Bhd, Muar, Johor pada 10 Mei 2010 dan Syarikat MATC Technology (M) Sdn Bhd, Masjid Tanah, Melaka pada 11 Mei 2010. Program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar institut berkaitan dengan peluang pekerjaan, perkembangan teknologi semasa dan tatacara kerja yang kompeten digunakan sewaktu memasuki alam pekerjaan. Pelajar semester 3 dan 4 bagi kursus Mekanikal Pengeluaran dan Elektrikal Elektronik terlibat dengan seminar ini. Pihak ILP Ledang turut berbesar hati dengan kerjasama daripada pihak pengurusan Adtec Batu Pahat kerana dapat menghantar 40 orang pelajar Teknologi Pengeluaran dan Teknologi Pembuatan bersama-sama menjayakan seminar tersebut. Di akhir Seminar tersebut, satu sesi temuduga turut di adakan untuk memberikan peluang kepada pelajar-pelajar semester akhir mendapatkan tempat Latihan Industri ataupun peluang pekerjaan. Program ini merupakan program ‘Executive Seminar Talk’ kali yang ketiga selepas program yang sama diadakan bersama Syarikat Channel Electronic Sdn Bhd, Tangkak, Johor pada 30 Mac 2010 dan Syarikat Aruza Industries Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor pada 30 April 2010. Daripada program yang diadakan, 10 orang pelajar dari bidang Mekatronik ditawarkan Latihan Industri bagi sesi 2/2010, 4 orang ditawarkan mengisi kekosongan jawatan sebagai juruteknik dan seorang sebagai Maintenance Leader di Syarikat Channel Electronic Sdn Bhd, Tangkak, Johor. Syarikat Aruza Industries Sdn Bhd turut menawarkan Latihan Industri kepada 20 orang pelajar dari Kursus Teknologi Mekatronik dan 10 orang dari kursus yang sama ditawarkan mengisi kekosongan jawatan di syarikat berkenaan. Disamping itu, 16 orang pelajar dari kursus Teknologi Pemesinan CNC, 40 daripada Kursus Teknologi Kimpalan Arka dan Gas dan 4 orang dari Kursus Teknologi Pembuat Acuan dan Pembentuk di tawarkan Latihan Industri.
![]()
Gambar-gambar seminar Talk |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|





