Program Sentuhan Kasih PDF Cetak Emel

8 Mei 2010 – Program Sentuhan Kasih bersama Pertubuhan Rumah Anak Yatim Islam Muar (PRAYIM) telah selamat dijalankan oleh Unit Kaunseling bersama Ahli Kelab Pembimbing Rakan Institut (PRI ). Seramai 30 orang fasilitator telah dilatih untuk menjayakan program ini. PRAYIM mempunyai 97 orang penghuni yang terdiri daripada pelajar darjah 4 hingga tingkatan  6. Pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan antaranya senaman robik, sukaneka, program ramah mesra, ice-breaking dan latihan dalam kumpulan. Secara keseluruhan program ini berjalan dengan baik serta banyak input yang diterima oleh ahli kelab PRI. Program ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk menjadi seorang fasilitator yang berkesan. Semoga program sebegini dapat dipergiatkan.

 

 Gambar Program Sentuhan Kasih bersama Pertubuhan Rumah Anak Yatim Islam Muar

 
Seterusnya >