• Permohonan adalah percuma Dan dibuka mul
  • Keputusan Rasmi Pertandingan CITEC 2013
  • Perpustakaan Negara Malaysia telah menye
  • JTM mengucapkan tahniah kepada 10 instit
  • Permohonan kemasukan ke ILJTM Sesi JulaiRead more...
  • Pengumuman : Untuk semakan status permohRead more...

Persijilan QE 5S Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri

smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

Pada 15 Februari 2012, ILP Miri telah menerima kunjungan audit daripada Malaysia Productivity Corporation ( MPC ) bagi mendapatkan persijilan Amalan QE-5S. Juruaudit MPC, En. Izani Bin Ishak, diberi penerangan berhubung pelaksanaan amalan QE 5S yang dijalankan oleh ILP Miri dalam tempoh 4 bulan sejak Oktober 2011. Selesai taklimat, juruaudit telah membuat semakan dokumentasi dan seterusnya membuat lawatan tapak ke setiap zon yang terlibat.

Pada jam 4.30 petang, juruaudit telah membuat penggulungan dan berpuas hati dengan pelaksanaan serta pembudayaan amalan QE 5S di ILP Miri. Pengumuman telah dibuat diakhir sesi penggulungan bahawa ILP Miri layak dipersijilkan dengan QE 5S.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga ILP Miri yang telah bertungkus lumus menjayakan amalan QE 5S, pihak Ibupejabat JTM dan pihak Lembaga Pelabuhan Miri yang membantu dalam pelaksanaan amalan QE 5S di ILP Miri.

 

Gambar bersama wakil MPC



Gambar bersama wakil MPC

 

Loading...