Bahagian ini adalah merupakan bahagian baru yang ia telah diwujudkan semenjak bulan Jun 2004 yang lalu. Ia diwujudkan bagi membantu Jabatan dalam merancang program - program latihan yang dijalankan di semua ILJTM sesuai dengan kehendak industri masa kini. Antara tugas - tugas cawangan ini adalah membuat penyelidikan secara menyeluruh yang berkaitan dengan industri dan juga membuat perancangan yang strategik terhadap program yang sedang, akan dilaksanakan serta untuk jangka masa panjang. Antara fobjektif, fungsi - fungsi cawangan ini adalah seperti berikut:-
OBJEKTIF
Bertindak sebagai think-tank, pemangkin serta pencetus bagi mencerna idea dalam penggubalan dasar makro pengurusan latihan kemahiran untuk menjana ketrampilan masyarakat yang berkemahiran tinggi, berkualiti dan berdaya saing.
FUNGSI
- Bertanggungjawab dalam menjalankan penyelidikan dan kajian serta perancangan terhadap keberkesanan program latihan vokasionalyang dibekalkan agar dapat memenuhi keperluan semasa industri tempatan.
- Merancang, meyelidik dan menentukan program latihan kemahiran berasaskan teknologi tinggi dapat dilaksankan dengan berkesan dan bersesuaian dengan kehendak pelanggan.
- Merancang, menyelidik dan menentukan program latihan yang baru yang mendapat permintaan yang tinggi terhadap pasaran pekerjaan sekarang.
- Merancang dan menjalankan kajian dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta serta organisasi luar negara serta membuat analisis mengenai isu-isu latihan vokasional dalam mempertingkatkan lagi program kemahiran negara.
- Bertanggungjawab merancang dan menyelia projek-projek pembanunan di bawah Rancangan Lima Tahun Malaysia.








