Soalan - Pada masa kini, berapakah bilangan ILJTM di seluruh negara yang beroperasi?
Pada masa kini terdapat 29 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia iaitu 6 ADTEC, 1 JMTI dan 22 ILP. Kesemuanya di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Soalan - Adakah kursus yang ditawarkan di ILJTM sama ?
Ada yang dan ada yang tidak, contohnya kursus - kursus di ILP sama (bergantung kepada bidang), kursus - kursus di ADTEC juga sama.
Soalan - Dimanakah saya boleh membuat permohonan kemasukan dan bila?
Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan pada sesi yang berkenaan akan diproses untuk kemasukan sesi yang akan datang. Permohonan ke ILJTM dibuka secara dalam talian (online) melalui laman web JTM; http://www.jtm.gov.my (Program Lepasan SKM & Suruhanjaya Tenaga) tanpa menggunakan Nombor Unik ID dan laman web UPU: http://upu.mohe.gov.my (Program Lepasan SPM) dengan menggunakan Nombor Unik ID. Nombor unik ID boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan kediaman calon.
Soalan - Adakah bidang kemahiran yang dijalankan ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran?
Ya, semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK - nama dulu MLVK) dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek - subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.
Soalan - Berapakah jangkamasa untuk mengikuti latihan tersebut?
Jangkamasa yang ditetapkan adalah antara 6 bulan hingga 3 tahun 6 bulan. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti samada sijil, diploma dan diploma lanjutan.
Soalan - Berapakah had umur untuk mengikuti latihan di ILJTM?
JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu di tetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.
Soalan - Adakah lepasan ILJTM ini boleh melanjutkan pelajaran?
Ya, lepasan pelajar dari ILJTM berpeluang untuk meneruskan latihan mereka samada di ILJTM sendiri ataupun di institusi latihan lain yang menawarkan kursus berteraskan kemahiran.
Soalan - Adakah kursus - kursus yang dijalankan menjamin pekerjaan?
Kesemua kursus - kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh JPK. Kursus - kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Mnegikut statistik kami, menunjukkan sejumlah 80 % dari lepasan ILJTM berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 6 bulan tamat latihan dalam pelbagai sektor industri yang ada.
Soalan - Apakah jenis kursus - kursus yang dijalankan di ILJTM?
Kursus - kursus yang dijalankan adalah kursus berteraskan kepada kemahiran, dimana penekanan terhadap kemahiran (antara 60 % hingga 70 %), manakala teori (antara 30 % dan 40 %).
Soalan - Adakah JTM terlibat menyediakan kursus-kursus seperti di IPTA/IPTS?
Tidak, JTM hanya terlibat dengan penyediaan program - program latihan bagi melatih pekerja - pekerja industri dan program melahirkan tenaga kerja mahir bagi keperluan industri.








