Header Portal Rasmi JTM
Arabic Chinese (Simplified) German Hindi Japanese

Sila masukkan emel anda untuk mendapatkan risalah dari kami :


Tiada Sebutharga / Tender Ditawarkan Pada Masa ini..



UTM B ungguli Pertandingan Robocon 2013 - 28 Mei 2013

Penilaian Pengguna:  / 0

Akhbar : Utusan Malaysia (Kampus) | Tarikh : 27 Mei 2013

SEREMBAN 27 Mei - Pasukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) B membuktikan keunggulan mereka meneruskan penguasaan institusi itu dengan menjuarai edisi ke-12 Pertandingan Robocon 2013 Kebangsaan di sini hari ini.

Dengan pencapaian itu, UTM muncul sebagai pemenang sebanyak sembilan kali manakala tiga pertandingan lagi dikuasai Universiti Multimedia sejak pertandingan itu bermula pada 2002.

Kejayaan UTM B yang menewaskan UTM A pada aksi perlawanan akhir di Stadium Tertutup Nilai dekat sini membolehkan mereka menggondol wang tunai RM10,000 selain trofi serta sijil.

Dengan kejayaan tersebut, UTM B akan mewakili negara ke peringkat antarabangsa di Vietnam tidak lama lagi.

Sementara itu, UTM A yang berjaya mendapat kedudukan naib johan pula menerima wang tunai RM7,000 beserta trofi iringan serta sijil.

Pasukan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Scorp dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang dan pasukan JTM Tok Gajah dari ILP Pahang pula sekadar berpuas hati di tempat ketiga dengan meraih wang tunai sebanyak RM5,000, trofi dan sijil.

Hadiah berkenaan disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Morshidi Sirat diiringi Timbalan Naib Canselor Bahagian Penyelidikan Inovasi Universiti Malaya, Prof. Awang Bulgiba Awang Mahmud.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Dr. Ahmad Jailani Muhamad Yunos; Ketua Eksekutif Institut Penyelidikan Piawaian dan Perindustrian Malaysia Bhd. (SIRIM Bhd.), Dr. Zainal Abidin Mohd. Yusof dan Pengarah Bahagian Penyiaran Program Asia Pasifik, Takeshi Doki.

Pertandingan tahunan pertama kali diadakan di Negeri Sembilan itu menarik 53 penyertaan mewakili 36 institusi pengajian tinggi, institusi kemahiran dan latihan dari seluruh negara.

Pertandingan tersebut dianjurkan bersama Kementerian Pendidikan, Kesatuan Penyiaran Asia-Pasifik (ABU), Radio Televisyen Malaysia, SIRIM Bhd. dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan penyertaan lebih 400 pelajar.

Sumber : Utusan Malaysia
MAMPU MSC ANM MyGov UPU Myideas KSM   JPA
fb rss twitter mobile QR Kod  
                      Single Sign On (SSO) W3C bantuan                       Multimedia Galeri ILJTM dari Youtube                     e-penyata gaji hrmis
Hakcipta Terpelihara JTM 2012. Penafian : Jabatan Tenaga Manusia (JTM) adalah tidak bertanggungjawab bagi  apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan  mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. Paparan terbaik Portal JTM ini adalah dengan menggunakan IE versi 8.0 & keatas dan Mozilla Firefox versi 3.6 & ke atas dengan resolusi paparan 1024 x 768 pixel

Peta Laman | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Bantuan
Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia , Aras 6, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
Standard Version | iPhone Version
Presets
Main Style . .
Patterns
Accent Color
Apply

Loading...

.