Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kategori: 5S
Hit: 4291

Selari dengan hasrat Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang mahukan semua jabatan dan agensi di bawahnya melaksanakan Persekitaran Berkualiti (5S), JTM turut mengorak langkah dalam menyahut seruan tersebut. pelancaran pelaksanaan QE/5S kali pertama telah diadakan pada 06 April 2014 dengan tema "Ke arah Pelaksanaan 5S". Pelancaran ini hanya melibatkan warga Ibu Pejabat JTM Putrajaya.

 

Setelah 2 tahun melaksanakan 5S, pengurusan tertinggi berpendapat bahawa JTM perlu mengorak langkah dengan mendapatkan persijilan bagi mengiktiraf pelaksanaan 5S di JTM. Persijilan ini juga dilihat mampu menjadi batu loncatan dalam membudayakan amalan 5S di kalangan warga JTM.

Maka, JTM telah melakukan majlis pelancaran pelaksanaan QE/5S kali kedua pada 24 Februari 2014. Tema yang dipilih untuk pelancaran ini adalah "JTM ke arah Persijilan Persekitaran Berkualiti". Kali ini JTM telah meluaskan skop pelaksanaan dengan mewajibkan semua Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) mendapat Persijilan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2012.

 

 

Bermulalah cabaran yang perlu dilalui oleh semua warga JTM bagi menggapai sasaran tersebut. Hasil daripada kerjasama semua kakitangan, JTM telah berjaya mendapat persijilan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) daripada MPC pada 14 Jun 2012. Lebih membanggakan apabila 31 buah ILJTM juga telah berjaya mendapat persijilan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) pada tahun 2012 seperti yang disasarkan.

Click to listen highlighted text! Powered By JTM