Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kategori: 5S
Hit: 6928

 

~ Inovasi dan Impak Pelaksanaan QE/5S di JTM 2012 ~ 

Sebagai permulaan, JTM menumpukan usaha untuk memperbaiki sistem pengurusan fail dan stor yang menjadi nadi kepada pengurusan dan pentadbiran JTM. Justeru, terhasillah dua buah sistem iaitu File Application thru Systematic Tracking and e-Recording System (FASTeR) dan Store Management System II (SMS II).

 


 


FASTeR

File Application through Systematic Tracking and e-Recording (FASTeR) merupakan inovasi pertama yang dibangunkan sendiri oleh warga JTM. Ianya dibangunkan bagi memudah dan menambah kecekapan proses pengurusan fail-fail di Bilik Fail JTM. Sistem ini dibangunkan selepas pihak pengurusan mendapat aduan mengenai lokasi, peminjam dan kedudukan fail-fail tersebut yang tidak dapat dikesan. Seiring dengan penggunaan sistem ini, Bilik Fail JTM juga telah diberi nafas baru dari segi susunan bilik dan fail-fail bagi memudahkan pencarian dilakukan.

Penggunaan sistem FASTeR telah memberi impak yang besar terhadap pengurusan fail JTM. Ianya turut diakui oleh para pelawat yang datang ke JTM di mana mereka dapat mencari sendiri fail yang mereka kehendaki di bawah 15 saat. Berikut adalah impak sistem FASTeR terhadap JTM:

                                                                         

 

SMS II

Ibu Pejabat JTM menggunapakai sistem ini untuk menambahbaik dan meningkatkan kecekapan pengurusan Stor Pusat JTM. Sebelum pelaksanaan 5S, agak sukar bagi warga JTM untuk membuat permohonan pengeluaran stok. Dengan penggunaan sistem SMS II ini, proses permohonan menjadi lebih mudah kerana ianya merupakan aplikasi online dan boleh diakses dari mana juga. Selain itu, warga JTM juga lebih mengenali peralatan dan stok yang terdapat di dalam stor.

Stok-stok di dalam stor juga disusun mengikut kaedah grid seperti yang digunapakai di Bilik Fail. Ini  lebih memudahkan Pegawai Stor untuk mengambil dan menyusun stok. SMS II juga telah melalui proses penambahbaikan yang memberi impak seperti berikut:

                                                                           

 

 

Click to listen highlighted text! Powered By JTM