Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kategori: Berita Terkini
Hit: 12503

JTM Scorp adalah salah satu daripada 15 pasukan yang mewakili Jabatan Tenaga Manusia yang telah memberikan cabaran di dalam Pertandingan ROBOCON Malaysia Peringkat Kebangsaaan 2013 bertempat di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan pada 22 hingga 27 Mei 2013 telah berjaya mendapat tempat Ketiga  dan juga telah di Anugerahkan Anugerah Rekabentuk Robot Terbaik.

Perlawanan pada peringkat kumpulan, JTM Scorp telah menewaskan pasukan dari Universiti Malaya dengan mata 90 berbalas 0. JTM Scorp juga telah menewaskan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Petaling Jaya dengan mata 60 berbalas 30 dan perlawanan terakhir peringkat kumpulan, JTM Scorp telah bertemu dengan pasukan Unversiti Teknologi Petronas dan telah diberi tentangan yang agak sengit. Walaubagaimanpun, JTM Scorp telah berjaya menewaskan dengan mata 90 berbalas 40 dan muncul sebagai Johan Kumpulan serta layak ke pusingan kalah mati.

Pada pusingan peringkat kalah mati, JTM Scorp telah bertemu dengan pasukan Universiti Putra Malaysia  dan menewaskan pasukan ini dengan mata 70 berbalas 20 serta layak ke peringkat Suku Akhir dan bertemu dengan pasukan daripada Multimedia Universiti. Saingan pada peringkat suku akhir berlaku lebih mendebarkan, JTM Scorp berjaya menewaskan dengan mata 70 berbalas 40 serta layak ke peringkat Separuh Akhir bertemu dengan pasukan gergasi ROBOCON iaitu Universiti Teknologi Malaysia sebagai penyandang Juara sebanyak 10 kali.

Pada perlawanan separuh akhir, tentangan yang diberikan oleh JTM Scorp telah dibuat sebaik mungkin walaubagaimanapun JTM Scorp tewas dengan mata 70 berbalas 180 oleh Pasukan Universiti Teknologi Malaysia.

 {gallery}robocon1{/gallery}

Click to listen highlighted text! Powered By JTM