Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kategori: Berita Terkini
Hit: 16949

 JABATAN TENAGA MANUSIA JOHAN SEKTOR AWAM – KATEGORI PERSEKUTUAN

Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia telah dinobatkan JOHAN bagi Sektor Awam – Kategori Persekutuan di Konvensyen Persekitaran Berkualiti (QE/5S) Peringkat Kebangsaan 2013, sempena Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2013 anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC). APIC 2013 yang merupakan acara terulung  tahunan MPC telah diadakan dari 1 hingga 3 Oktober 2013 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang Darul Makmur, telah membawa 3 program utama MPC; National Innovative Creative Circle Convention (NICC), Quality Environment Convention (QE/5S) dan Productivity Conference (PC).

Ternyata penyertaan kali pertama JTM ke Konvensyen Persekitaran Berkualiti (QE/5S) Peringkat Kebangsaan 2013 tidak dijadikan penghalang bagi meraih kejayaan yang cemerlang apabila berjaya dinobatkan JOHAN Sektor Awam – Kategori Persekutuan, yang sekaligus membawa pulang Cek bernilai RM 4,000.00, Pingat, Sijil Penganugerahan JUARA serta Sijil Penganugerahan 3 BINTANG. Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Seri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaacob.

Ahli Kumpulan QE/5S yang telah menyumbang kepada kejayaan ini terdiri daripada:

  1. Cik Hjh Noor Lisa Rahmat
  2. Pn Norfariza bt Kamaruddin
  3. En Syahril Azli bin Abdul Rahman
  4. En Sheikh Ezamuddin bin Sheikh Mohd Mustaffa
  5. En Ismail bin Mohd Taha

Bagi menarik minat barisan juri dan pengamal-pengamal QE/5S, JTM telah menunjukkan kelainan dalam persembahan, dengan menyelitkan elemen lakonan di dalam persembahan kreatif yang ditonjolkan.

Permulaan Persembahan

Boss yang sedang stress

Permulaan persembahan dari JTM. Boss yang sedang stress sedang melayari YouTube bagi mempelajari 5S JTM.
   
Boss yang berminat dengan Impak 5S Boss menyatakan hasrat mengikut jejak langkah 5S JTM.
Boss yang gembira dan bersemangat setelah mengetahui Impak 5S. Boss menyatakan hasrat mengikut jejak langkah 5S JTM.

 

Perkongsian idea, inovasi, impak serta kriteria utama kejayaan QE/5S JTM yang telah diselitkan dalam tempoh masa 15 minit ini telah dimanafaatkan sepenuhnya oleh semua ahli kumpulan, dan sekaligus telah berjaya mencuri hati juri dan pengamal-pengamal QE/5S apabila mendapat tepukan gemuruh penonton sebaik tamat pembentangan.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada kumpulan JTM yang telah mengharumkan nama Jabatan Tenaga Manusia serta Kementerian Sumber Manusia di platform yang cukup sengit dan berprestij ini kerana kesemua finalis yang ke Konvensyen Peringkat Kebangsaan ini merupakan Pemenang Pingat EMAS Konvensyen Persekitaran Berkualiti (QE/5S) Peringkat Wilayah dari seluruh tanah air.

Click to listen highlighted text! Powered By JTM