Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kategori: Sempena Peristiwa
Hit: 10858

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat sejahtera dan salam 1JTM.

KP JTMTerlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ”Selamat Tahun Baru 2014” kepada semua warga Jabatan Tenaga Manusia. Semoga kedatangan tahun baru ini, dapat kita bersama-sama memperbaharui iltizam dan menyuntik semangat baru bagi meningkatkan lagi budaya kerja cemerlang dan kualiti perkhidmatan yang tinggi demi menjayakan visi dan misi organisasi kita.

Kita meninggalkan tahun 2013 dengan penuh kejayaan. Kegemilangan yang tercipta menunjukkan betapa kita terus releven dan menjadi penggerak utama di persada latihan kemahiran negara. Kita telah  mencipta  kejayaan di dalam Pertandingan Kemahiran Kebangsaan, Asean Skills, World Skills disamping anugerah-anugerah yang kita terima didalam pertandingan robot, ‘motor drage’, inovasi dan rekacipta. Anugerah Emas MPC Pertandingan 5S Kebangsaan bagi kategori Agensi Awam melonjakkan nama JTM sebagai pejabat rujukan bagi penandaarasan 5S. Begitu juga Laman Web JTM yang berada di penarafan 4 bintang oleh MAMPU dan amalan ‘good governance’ Audit Pengurusan oleh Jabatan Audit Negara berada dikelompok tertinggi penarafan 4 bintang.

Terima kasih kepada semua warga JTM yang telah menyumbang ke arah pencapaian gemilang ini. Kejayaan ini adalah kebanggaan kita semua. Selangkah menjadi ‘modelling and mirroring’ kepada pihak lain, kita harus mengekal kejayaan kita dan mencari dimensi kejayaan baru untuk kita tonjolkan.

Pencapaian program dalam latihan turut membanggakan. Perhatian Kerajaan bagi usaha mengukuhkan modal insan dalam latihan kemahiran menunjukkan betapa kita harus menggalas peranan yang lebih besar dalam meningkatkan kualiti latihan dan menyediakan tenaga kerja negara yang berkemahiran tinggi.

Teras kepada kejayaan ini adalah komitmen, pengurusan yang cekap dan tenaga pengajar yang berkualiti. Untuk itu tahun 2014 kita harus masuk ke gerbang transformasi minda baru. Pengamalan disiplin yang tinggi dikalangan warga kerja JTM perlu dipertingkatkan lagi. Ini selaras dengan tema transformasi JTM tahun 2014 ialah ‘Transformasi Minda Pemangkin Kecemerlangan’. Secara ringkas semua warga harus keluar dari zon selesa dan zon mengutamakan kepentingan diri. Perubahan sikap dan tabiat ke arah lebih baik. Sikap, amalan dan pandangan tidak ingin berubah perlu di ‘eliminate’. Ketua Jabatan harus turun padang memantau dan melihat sendiri apa yang berlaku agar dapat ‘follow up’ dan ‘follow through’ dan mengamalkan sikap kebersamaan untuk merealisasikan visi dan wawasan. Hindarkan budaya SILO dan mentaliti KOKUN dikalangan warga kerja dengan mengutamakan budaya kerja berpasukan.

Agenda utama kita di tahun 2014 ialah merentas semua halangan dan cabaran untuk kita berkembang maju. Dalam erti kata yang lain, kita perlu beroperasi dalam keadaan di mana sumber-sumber adalah terhad (scarcity of the resources). Kita perlu sedar bahawa kejayaan akan hanya dapat kita capai apabila kita mempunyai perancangan yang rapi, pelaksanaan dan kawalan yang berkesan, mempunyai sikap kebertanggungjawapan yang tinggi, kreatif dan berinovasi, bekerjasama dan berkongsi sumber dalam situasi menang-menang (win-win situation). Dalam  masa yang sama, kita tidak mampu melakukan sebarang kesilapan, mengurangkan segala bentuk pembaziran dan seterusnya mencari jalan bagaimana kita boleh berprestasi secara “with less, we deliver more”.

JTM perlu bertindak lebih agresif. Hubungan dengan industri perlu diperkasakan dan sentiasa mencari peluang untuk mengujudkan sinergi yang lebih berkesan. Kebolehpasaran graduan hendaklah menjadi fokus utama. Pengkoporatan dan penjualan imej perlu dilaksanakan dengan lebih efektif. Kualiti graduan harus setara dengan pengiktirafan oleh agensi yang berkuatkuasa seperti MQA.

Akhir kata, kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman yang lalu. Apa yang baik dan telah terbukti berjaya, perlulah kita teruskan dan tambahbaik, dengan segala kelemahan yang ada diperbaiki. Sementara apa yang terbukti gagal, patut ditamatkan dan diambil teladan daripadanya.

Selamat maju jaya. Selamat mengekalkan kecemerlangan JTM. Wassalam dan terima kasih.

Dato' Hj. Romli Bin Hj. Hassan
Ketua Pengarah
Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Click to listen highlighted text! Powered By JTM