Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kategori: Sempena Peristiwa
Hit: 10405

Salam 1 JTM.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' kepada semua warga ILJTM dan rakan industri khususnya yang berketurunan cina.

Tahun 2014 merupakan tahun kuda dalam zodiak kalendar Cina. Kuda biasanya dikaitkan dengan kepantasan dan kecergasan, maju kehadapan dan sentiasa berfikiran fokus. Mengambil semangat dari perayaan 'Gong Xi Fa Cai' kali ini, saya berharap warga kerja JTM akan mengekalkan fokus momentum kecemerlangan perkhidmatan. Kita perlu berani dan pantas berubah mengikut perkembangan. Warga JTM disarankan sentiasa berfikiran positif dan tidak berada didalam zon selesa. Kejayaan baru harus dicipta dan kecemerlangan terdahulu hendaklah dikekalkan. Kita perlu terus bekerja keras bagi mencipta kejayaan unutk mengekalkan daya saing kita dipersada dunia latihan kemahiran.

Tahun Baru Cina kali ini diharap disambut meriah oleh semua warga JTM berketurunan Cina. jadikan perayaan ini sebagai pengukuh hubungan muhibbah dan menyuburkan perpaduan diantara kita atas semangat kekeluargaan 1 Malaysia.

Selamat 'Gong Xi Fa Cai'!.

Dato' Hj. Romli Bin Hj. Hassan
Ketua Pengarah
Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Click to listen highlighted text! Powered By JTM