Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kategori: Sempena Peristiwa
Hit: 15312

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH


Adalah dimaklumkan bahawa saya telah menerima surat pertukaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia berkuatkuasa pada 25 April 2014.

Sehubungan itu, dikesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bantuan, kerjasama dan sokongan padu yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia. Sesungguhnya kerjasama dan sokongan yang diberi telah banyak membantu dan memudahkan saya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerjaan. Saya amat berharap agar kejasama dan sokongan yang sama dapat dipanjangkan kepada pengganti saya kelak.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf diatas sebarang kesilapan yang mungkin saya lakukan tanpa disedari di sepanjang perkhidmatan saya. Semoga hubungan silaturrahim yang sedia terjalin akan terus berkekalan.

Sekian, terima kasih.

Wassalam dan Ikhlas dari,

DATO` HJ ROMLI BIN HJ HASSAN.

 

Click to listen highlighted text! Powered By JTM