Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kategori: Sempena Peristiwa
Hit: 9515

Salam 1 Malaysia dan Salam 1 JTM

Lewat bulan Ramadhan ini, Syawal 1434 menjelma lagi. Tahniah kepada semua warga JTM yang beragama Islam kerana berjaya menyempurnakan ibadah puasa masing-masing tanpa mengenepikan tugas dan tanggungjawab perkhidmatan awam.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dengan kepada semua warga JTM yang menyambutnya. Saya percaya perayaan Hari Raya Aidilfitri membawa erti yang besar maknanya kepada tuan/puan. Sambutlah ia dengan penuh kesederhanaan tetapi dengan suasana yang ceria dan gembira. Bagi umat Islam kejayaan merentasi Ramadhan dengan penuh kesabaran dan pengisian amal ibadah memberi kekuatan kepada kerohanian dan jati diri individu.

Dalam tiga bulan saya menerajui JTM sebagai Ketua Pengarah, saya cuba mendekati dan memahami peranan dan tanggungjawab tuan/puan. Sebagai satu keluarga besar  JTM, adalah menjadi harapan saya semua warga JTM   memberi komitmen yang lebih tinggi, telus dan ikhlas kepada Jabatan serta perkhidmatan awam. Ini juga sesuai dengan prinsip bekerja sebagai suatu ibadah.

Saya juga ingin menzahirkan setinggi ucapan terima kasih dan juga penghargaan kepada semua warga kerja Jabatan Tenaga Manusia yang telah memberikan khidmat bakti dan sumbangan kepada Jabatan. Sesungguhnya kejayaan tuan/puan adalah kejayaan saya jua.

Saya mengucapkan selamat bercuti dan selamat pulang berhari raya di kampung halaman bersama keluarga tersayang. Namun saya menyeru agar tuan/puan berhati-hati memandu, biar lambat asal selamat. Penuhilah aktiviti sambutan Hari Raya dengan mengunjungi keluarga jauh dan dekat, sahabat handai sebagai tanda penghormatan kepada hubungan kemanusiaan yang terjalin.   

Akhir kata, saya  mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Salam ceria untuk semua.


CIK CHIN PHAIK YOONG
Ketua Pengarah
Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Click to listen highlighted text! Powered By JTM