Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kategori: Sempena Peristiwa
Hit: 8130

Salam 1 JTM.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ‘Gong Xi Fa Cai’ kepada semua warga JTM khususnya yang berketurunan Cina.

Tahun 2015 merupakan Tahun Kambing dalam zodiak ke 8 kalendar Cina yang melambangkan keberuntungan, perdamaian dan kemakmuran. Mengambil semangat dari perayaan ‘Gong Xi Fa Cai’ tahun ini, saya berharap warga kerja JTM akan sentiasa berada di dalam momentum kecemerlangan perkhidmatan. Budaya bertanggungjawab dan berintegriti hendaklah menjadi sebahagian dari sikap dan amalan kita semua. Ia merupakan pengukuhan jati diri untuk kita menghadapi segala cabaran dalam kehidupan mahupun dalam kerjaya.

Bagi pegawai awam, kejayaan dalam kerjaya adalah menjadi penanda aras kepada kehidupan yang damai dan makmur. Oleh yang demikian semua warga JTM diseru agar sentiasa mengamalkan nilai murni dan sentiasa berfikiran positif. Kita perlu lebih kreatif dan inovatif untuk berubah dalam tranformasi diri. Kejayaan yang dicapai adalah menjadi kebanggaan dan mengekalkan kecemerlangan merupakan suatu cabaran buat kita semua. Kita perlu melangkah lebih berdaya saing supaya kegemilangan JTM akan kekal releven di persada pembangunan kemahiran negara. 

Tahun Baru Cina kali ini diharap disambut meriah oleh semua warga JTM berketurunan Cina. Jadikan perayaan ini sebagai pengukuh hubungan muhibbah dan menyuburkan perpaduan di antara kita atas semangat kekeluargaan 1Malaysia. 

Selamat ‘Gong Xi Fa Cai’ !.

Chin Phaik Yoon
Ketua Pengarah
Jabatan Tenaga Manusia

Click to listen highlighted text! Powered By JTM