Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kategori: Ikon Bulanan
Hit: 8693

Dilahirkan pada 11 Oktober 1979 ini berasal dari Kuala Kedah merupakan pelajar pengambilan sesi 2/2004 dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Kimpalan. Anak keempat daripada lapan orang adik-beradik ini dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Ayahnya merupakan seorang nelayan kampung, manakala ibunya seorang surirumah. Namun begitu, beliau tidak menjadikan itu alasan untuk tidak berjaya. Beliau telah berumahtangga namun masih belum dikurniakan cahayamata.

Ketika menuntut di ADTEC Shah Alam, beliau merupakan pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar untuk sesi 2005. Beliau juga aktif dalam Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia sebagai Biro Persembahan dan sering terlibat dalam aktiviti demonstrasi silat.

Kini, beliau merupakan seorang General Inspector Underwater di Petronas Carigali Sdn. Bhd. Bertempat di Menara KLCC dengan gaji mencecah RM19K sebulan. Sebelum ini beliau merupakan seorang Welding Inspector, namun setelah berkhidmat dengan cemerlang beliau kemudian dinaikkan pangkat sebagai General Inspector Underwater. Selama lebih kurang 4 tahun berkhidmat bersama Petronas, beliau lebih banyak berada di pusat-pusat carigali di seluruh Malaysia seperti Kertih dan Bintulu dan adakalanya turut ke luar negara seperti Vietnam.

Beliau Adalah HASRUL BIN ABU HASSAN .

{gallery}ikonbulanan{/gallery}

Click to listen highlighted text! Powered By JTM