Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kategori: Ikon Bulanan
Hit: 8474

Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang pada 15 November 1964. Beliau memulakan kerja di Syarikat Kejuruteraan BINATRA Kota Bharu Kelantan sebagai Penyelia Projek dan seterusnya bekerja di OYL Industri Sdn. Bhd sebagai Line Leader dalam bidang Penyejukanbekuan dan Penyamanan Udara. Memulakan kerjaya sebagai pengajar pada tahun 1990 bagi jawatan Pengajar Ketukangan Gred II dalam bidang Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara di ILP Jitra dan berpindah ke ADTEC Shah Alam atas kenaikan pangkat ke Gred J36. Pada tahun 1998, beliau telah dianugerahkan Hadiah Latihan JPA untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma di Pembrokeshire College, UK.  Beliau kini memegang jawatan sebagai Pegawai Latihan Vokasional (PLV) J42 dan berkhidmat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam. Beliau juga dianugerahkan sijil Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) bagi bidang yang sama pada tahun 2008.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau merupakan pensyarah yang aktif di dalam bidang Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara. Melibatkan diri di dalam pertandingan kemahiran sebagai Jurulatih dan telah diangkat sebagai Jurulatih Kemahiran Kebangsaan bagi JTM untuk tahun 2000, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009 dan 2010. Beliau juga telah dilantik oleh Kementerian kerja Raya Malaysia (KKR) sebagai Jurulatih Peserta Negara bagi pertandingan kemahiran peringkat Asia pada tahun 2008, 2010 dan 2012. Pada tahun 2011, beliau telah dilantik sebagai Jurulatih dan Penterjemah Peserta Negara bagi Pertandingan Kemahiran Peringkat dunia kali ke-4 bagi bidang RAC di London, UK. Beliau juga diberi kepercayaan untuk dan dilantik sebagai Panel Hakim bagi pertandingan MySkills dan Pertandingan Kemahiran Malaysia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan KKR untuk tahun 2012 dan 2013.

Selain daripada itu, beliau juga turut menyumbang bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi bidang Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara dengan melibatkan diri dalam Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum JTM, Jawatankuasa Penggubalan Soalan ILJTM dan Jawatankuasa Kepakaran. Beliau juga merupakan ahli bagi Persatuan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Malaysia (MACRA). Sepanjang pekhidmatannya, beliau telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2000.

Beliau adalah EN. ROSLAN BIN ZULKIFLI dari ADTEC Shah Alam.

 En. Roslan

Click to listen highlighted text! Powered By JTM