Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kategori: Ikon Bulanan
Hit: 8005

Anak jati Johor ini dilahirkan pada 30 Ogos 1955 di Batu Pahat, Johor. Beliau menamatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Vokasional Johor Bahru, Johor dan memulakan bidang teknikal dengan mengikuti kursus pelatih pengajar di Institut Latihan Perindustrian Prai dalam bidang Mekanik Am. Mula berkhidmat sebagai Pengajar Ketukangan di Jabatan Tenaga Rakyat pada 16 April 1979 sebaik sahaja menamatkan kursus. Seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat diploma dalam bidang Kejuruteraan Jentera  di United Kingdom pada tahun 1996. Pada tahun 2001, beliau telah dianugerahkan Hadiah Latihan JPA untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian  dalam bidang Management of Manufacturing Systems di University of Central England, UK.

Memulakan kerjaya dengan jawatan Pengajar Gred II pada tahun 1979, beliau kini menjawat jawatan Pegawai Latihan Vokasional (PLV) J42 dan berkhidmat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat.  Sepanjang perkhidmatannya, sehingga kini beliau telah  berkhidmat di beberapa buah institut di bawah Jabatan Tenaga Manusia seperti ILP Kuala Lumpur, ILP WP Labuan, ILP Pasir Gudang, ILP Ledang dan ADTEC Batu Pahat.  Beliau juga telah menceburi pelbagai bidang kursus sepanjang berkhidmat di ILJTM bermula dengan bidang Mekanik Industri, Automasi Perindustrian, Pemesinan  Am, Tool and Die Maker, dan terkini bidang Pembuatan(Pemesinan).

Dengan kelayakan SKM Tahap 3 dalam bidang Pembuat Perkakasan Kanan Alat Tekan dan SKM Peringkat Tertinggi bidang Jurugegas, beliau banyak memberi sumbangan kepada JTM dan terlibat dengan beberapa siri pembangunan silibus dan WIM serta penggubalan soalan peperiksaan ILJTM. Beliau juga merupakan jurulatih kepada pelajar dalam pertandingan kemahiran anjuran JPK dalam bidang CNC Turning. Beliau telah dianugerahkan tahap Cemerlang dalam Pertandingan Johan Kemahiran Malaysia ke-6 anjuran Kementerian Kerja Raya dalam Kategori Terbuka Bidang Jurugegas pada tahun 1995. Sepanjang pekhidmatannya, beliau telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 3 kali iaitu pada 1994, 2004, dan 2010. Beliau juga telah berdaftar sebagai Pakar Industri Negara dalam Direktori Pakar Industri Negara Fitter & Metal Machining.

Beliau adalah ENCIK IBRAHIM BIN MD YATIM (ADTEC BATU PAHAT) .

Ibrahim Md Yatim

 

 

 

 

Click to listen highlighted text! Powered By JTM