Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kategori: Ikon Bulanan
Hit: 6617

Anak kelahiran Sanglang, Kedah ini telah dilahirkan pada 20 Jun 1974. Beliau telah menamatkan pendidikan menengah pada tahun 1989 di Sekolah Menengah Sanglang. Kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang Teknologi Kimpalan Arka dan Gas di Institut Latihan Perindustrian Jitra, Kedah pada tahun 1991-1993.

Anak didik ILJTM ini telah berjaya membuktikan kejayaannya sebagai ahli perniagaan di dalam bidang Kimpalan dengan membina syarikat Jadi Juga Enteprise dan memegang jawatan sebagai Pengurus. Syarikat ini merupakan antara syarikat kontraktor yang aktif melaksanakan kerja-kerja pembaikan di sekitar kawasan Kubang Pasu amnya.

Kejayaan beliau telah membuktikan bahawa dengan usaha yang gigih, pelajar ILJTM dapat mahir dalam bidang kemahiran serta mampu mencipta kejayaan melalui perniagaan sendiri.  

Beliau adalah ZAMRI BIN YAMAN.

Click to listen highlighted text! Powered By JTM