Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Arkib

Perkara : LAWATAN JICA

Tarikh : 4 Julai 2013

Lawatan JICA

Pada 4 Julai 2013 yang lalu, wakil daripada Japan International Cooperation Agency (JICA) iaitu Mr Hiroyuki Ueda telah datang membuat lawatan hormat ke ILP Kota Samarahan.

Tujuan lawatan beliau adalah untuk memperkenalkan diri kepada pihak institut dan juga kepada Mr Hiroshi Nishimura iaitu sukarelawan JICA di ILP Kota Samarahan. Ini kerana beliau merupakan pegawai baru di JICA Kuala Lumpur yang bertanggungjawab untuk memantau perkembangan sukarelawan JICA di organisasi-organisasi terlibat agar objektif penempatan pegawai JICA di organisasi dapat dicapai. Memandangkan lawatan ini merupakan lawatan pertama beliau ke ILP Kota Samarahan, pihak institut telah membawa beliau untuk melihat bengkel-bengkel serta kemudahan-kemudahan yang ada.

Di akhir lawatan, Mr Ueda telah mengucapkan terima kasih atas kerjasama serta penerimaan yang baik daripada pihak institut dan berharap agar beliau dapat mengunjungi institut lagi.


Perkara : HARI PENDAFTARAN SESI JULAI 2013

Tarikh : 8 Julai 2013

Sesi Pendaftaran Julai 2013

Hari pendaftaran bagi pelajar baru Sesi Julai 2013 telah berlangsung pada 8 Julai 2012. Seramai 237 orang secara keseluruhannya telah mendaftar untuk pengambilan sesi ini. Buat julung kalinya pihak institut telah menerima pelajar daripada lepasan PMR untuk pengambilan bagi program Kolej Vokasional (KV) iaitu seramai 41 orang pada sesi ini. Disamping itu juga, pengambilan ini merupakan pengambilan yang paling ramai bagi pengambilan pelajar PERHEBAT iaitu seramai 55 orang.

Semasa berlangsungnya hari pendaftaran, pihak institut juga mengadakan taklimat bersama ibu bapa dan sesi soal jawab selepas taklimat tersebut. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En Rahmat  bin Ayop, Pengarah ILP Kota Samarahan sendiri. Dikesempatan itu juga Bahagian Pendidikan Teknikal & Vokasional (BPTV) turut meberi taklimat kepada pelajar dan juga ibubapa pelajar KV yang disampaikan oleh Tn Hj Marzuki Kemi. Dengan adanya program tersebut, diharapkan ibu bapa mendapat maklumat yang tepat berkaitan institut dan boleh menyuarakan persoalan dan kemusykilan secara terus kepada pihak pengurusan institut.  

Selepas tamat pendaftaran pengambilan baru ini, pelajar dikehendaki menjalani Minggu Suai Kenal (MSK) bagi mendedahkan pelajar baru berkaitan dengan institut disamping memupuk nilai-nilai murni serta semangat berpasukan.


Perkara : PERHIMPUNAN KAKITANGAN & MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN

Tarikh : 30 Julai 2013

Perhimpunan Bulanan & Majlis Perpisahan ILPKS 2013

Pada 30 Julai 2013 yang lalu, satu perhimpunan bulanan kakitangan bagi bualan Julai telah diadakan bertempat di Bilik Sejinjang, Pusat Sumber. Perhimpunan ini merupakan satu aktiviti bulanan untuk memberi maklumat terkini kepada semua kakitangan dan juga bagi mendekatkan hubungan antara pihak pengurusan dan semua kakitangan.

Pada  perhimpunan ini, Kelab Sosial Kakitangan (KESOKA) ILP Kota Samarahan turut mengambil peluang untuk memberi cenderahati kepada kakitangan yang berpindah iaitu En Colin Ngabong Albert Anggang, yang akan berpindah ke ILP Miri kerana kenaikkan pangkat ke Gred J36. Majlis tersebut telah diadakan secara sederahana bagi menghormati bulan Ramadhan yang sedang berlangsung. Pihak institut mengucapkan tahniah serta terima kasih dan selamat maju jaya kepada beliau dan berdoa agar beliau akan menunjukkan prestasi yang cemerlang di tempat baru.

Kategori: Berita Institut
Hit: 16741
Click to listen highlighted text! Powered By JTM