Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Arkib

Anak jati kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini dilahirkan pada 21 Disember 1984. Setelah menamatkan pendidikan menengah di SM Teknik Likas, beliau menyambung pengajian di peringkat Sijil di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur dalam bidang Teknologi Elektrik. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dalam bidang Teknologi Elektrik Kuasa di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam.

 

Sepanjang pengajiannya, beliau merupakan seorang pelajar yang aktif. Beliau adalah mantan Presiden MPP di ADTEC Shah Alam bagi sesi 2010/2011 dan pernah dianugerahkan sebagai Pelajar Terbaik di ILP Kuala Lumpur.  Kini beliau memegang jawatan Penolong Jurutera di EXPET CONTROL Sdn Bhd dan telah berkhidmat selama 3 tahun. Sepanjang kerjayanya, beliau telah terlibat dengan sekurang-kurangnya 13 projek yang melibatkan panel kawalan instrumentasi penjana elektrik di dalam dan di luar negara. Antaranya ialah pelantar Tsu Tu Trang di Vietnam, pelantar Yetagon di Thailand, Sabah Oil & Gas Terminal, Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng Pahang, Pahlawan Power Plant di Melaka, dan yang terkini di GARRAF POWER PLANT di Dhi Qar, Iraq.

Beliau adalah JUMAIN BIN ANDI ABDILLAH

Kategori: Ikon Bulanan
Hit: 7177
Click to listen highlighted text! Powered By JTM