Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Arkib

Dilahirkan pada 2 Mac 1983 di Kuala Lumpur, beliau mendapat pendidikan menengah  di SMK Teknik Sibu, Sarawak. Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil di Institut Latihan Perindustrian  Pedas pada tahun 2005-2006 dalam bidang Teknologi Maklumat Rangkaian dan menyambung pengajian ke peringkat Diploma ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat pada tahun 2007-2009 dalam bidang yang sama.

Sepanjang pengajiannya di ADTEC Batu Pahat, beliau merupakan pelajar yang sangat aktif dan banyak memberi sumbangan kepada JTM. Beliau terlibat dalam Pertandingan Kemahiran Kreativiti dan Inovasi JTM (2009) dan berjaya merangkul gelaran johan.  Beliau telah mengharumkan nama JTM dengan kejayaan menghasilkan produk perisian keselamatan sendiri, Portable Antivirus yang telah diperkenalkan kepada umum semasa perasmian Hari Terbuka ADTEC Batu Pahat dan Karnival Kerjaya pada 21 dan 22 Jun 2008 oleh Dato’ Noraini Bt Ahmad, Timbalan Menteri Sumber Manusia pada masa itu. Lebih membanggakan apabila hasil produk beliau telah mencecah jumlah muat turun sebanyak 2 juta.

Beliau kini meneruskan kerjaya dalam bidang Teknologi Maklumat dan memegang jawatan sebagai  Juruanalisa  Malware yang berkhidmat di CyberSecurity Malaysia.

NUR MOHAMMAD KAMIL BIN MOHAMMAD ALTA

Kategori: Ikon Bulanan
Hit: 6925
Click to listen highlighted text! Powered By JTM