Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelayar laman web ini. Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak berbelah bagi kepada semua ahli pasukan pembangunan laman web Jabatan Tenaga Manusia (JTM) kerana telah berjaya untuk mengadakan satu ruang maklumat kepada semua pelayar laman web.
Dengan adanya laman ini, sedikit sebanyak JTM dapat menyalurkan maklumat mengenai aktiviti yang sedang, telah dan akan berlaku. Disamping dapat menerangkan serba sedikit mengenai fungsi jabatan kepada masyarakat umum.
ICT adalah merupakan salah satu dari media hubungan yang sangat berkesan pada masa ini. Oleh demikian, kami di JTM mengharapkan supaya semua maklumat yang disalurkan melalui laman ini dapat memberikan impak yang besar kepada masyarakat dan menimbulkan kesedaran serta kefahaman terhadap aktiviti yang dijalankan di jabatan ini. Ia juga amat berguna kepada pelajar -pelajar lepasan sekolah (SPM), pekerja - pekerja industri dan majikan - majikan.
Kami sebagai salah satu dari agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan terhadap program pembangunan modal insan negara, mengharapkan sokongan dari semua pihak dari sudut moral dan galakan kepada anak - anak dan pemuda - pemuda diluar sana untuk mengikuti latihan di Institusi latihan kami (ILJTM) dalam pelbagai bidang kemahiran yang ditawarkan.
Oleh demikian, dengan adanya media ini diharapkan dapat memberi ruang kepada mereka untuk memilih, berhubung dan mendapatkan latihan secara formal khususnya dalam pembangunan kemahiran mereka.
Sekian.
Dato' Hj. Romli Bin Hj. Hassan
Ketua Pengarah
Jabatan Tenaga Manusia (JTM)