Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Data Terbuka

Kategori: Perkhidmatan
Hit: 11334

  • Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Sektor Awam atau Swasta.
  • Pelaksanaan Data Terbuka Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam terhadap maklumat Kerajaan. Ia juga merupakan salah satu kriteria penilaian global dalam perkhidmatan E-Kerajaan.
  • Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat : Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0
 BIL PERKARA PAUTAN  FORMAT
1 Maklumat Data Intake Enrolmen Dan Output Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia ILJTM Mengikut Bidang Pengajian bagi Tahun 2014 2015 Intake Enrolmen dan Output Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia ILJTM XLSX
2 Maklumat Data Intake Enrolmen Dan Output Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia ILJTM bagi Tahun 2014 2015 Mengikut Institut Intake Enrolmen dan Output Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia ILJTM XLSX
3 Maklumat Data Intake, Enrolmen Dan Output Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Bagi Tahun 2015-2017 Mengikut Institut Maklumat Data Intake, Enrolmen Dan Output ILJTM Bagi Tahun 2015-2017 Mengikut Institut XLSX
4 Maklumat Data Intake, Enrolmen Dan Output Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Bagi Tahun 2014-2016 Mengikut Institut

Maklumat Data Intake, Enrolmen Dan Output ILJTM Bagi Tahun 2014-2016 Mengikut Institut

XLSX
5 Maklumat Data Intake, Enrolmen Dan Output Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Mengikut Bidang Pengajian Bagi Tahun 2015-2017

Maklumat Data Intake, Enrolmen Dan Output ILJTM Mengikut Bidang Pengajian Bagi Tahun 2015-2017

XLSX
6 Maklumat Data Intake, Enrolmen Dan Output Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Mengikut Bidang Pengajian Bagi Tahun 2014-2016

Maklumat Data Intake, Enrolmen Dan Output ILJTM Mengikut Bidang Pengajian Bagi Tahun 2014-2016

XLSX

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah.

1. Penggunaan data di bawah terma ini
Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:
(i) Salin, terbit, edar dan pindah data;

(ii) Adaptasi data;

(iii) Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan

(iv) Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.

3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:
(i) Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;

(ii) Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan

(iii) Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut:
"Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0 "

4. PENGECUALIAN
Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:
(i) Data peribadi;

(ii) Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;

(iii) Logo organisasi sektor awam atau jabatan;

(iv) Lambang diraja dan lambang tentera;

(v) Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;

(vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan

(vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.

5. TIADA JAMINAN
(i) Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan

(ii) Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.

6. UNDANG-UNDANG
Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

 

Tarikh Pindaan: 30 SEPTEMBER 2015

 

Sumber Dari : Laman Web data.gov.my

Pautan : http://www.data.gov.my/page/termsofuse

 

Click to listen highlighted text! Powered By JTM