Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Archive

Category: Institutes News
Hits: 17941

Malay version only 

 

Perkara : MAJLIS BERBUKA PUASA & QIAMMULLAIL PELAJAR ISLAM ILP KOTA SAMARAHAN

Tarikh : 1 & 2 Ogos 2013

Majlis Berbuka Puasa ILPKS 2013

Bersempena bulan Ramadhan pada kali ini, satu program berbuka puasa bersama pelajar dan program Qiammullail telah diadakan pada 1 & 2 Ogos 2013 bertempat di surau ILP Kota Samarahan.  Para pelajar sedang khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan Objektif program ini diadakan bagi merapatkan lagi ukhuwwah sesama pelajar dan pengajar. Selain itu, program ini melatih pelajar untuk bangun malam mendirikan solat di pertiga malam dan secara tidak langsung merebut pahala di bulan Ramadhan.  


Di samping itu, program ini melatih serta mendidik pelajar untuk bergotong-royong menguruskan sendiri aktiviti-aktiviti keagamaan yang diadakan. Di harap pada masa yang akan datang, program ini akan diadakan secara berterusan dalam melestarikan dakwah islamiah di institut ini. 


Perkara : LAWATAN DARIPADA ENTER CORIDOR SDN BHD

Tarikh : 19 Ogos 2013 

Lawatan Enter Corridor Ke ILPKS 2013 

Pada 19 Ogos 2013 yang lalu, pihak institut telah dikunjungi oleh syarikat Enter Coridor Sdn Bhd. Lawatan tersebut diadakan bagi membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan kerjasama yang hendak dilaksanakan antara pihak institut dan pihak syarikat bersama Open Universiti Malaysia (OUM) berkaitan dengan program latihan vokasional untuk para belia timur tengah.

Di dalam kunjungan tersebut, turut hadir bersama adalah Prof Dr Selvaraj Oyyan Pillah bersama En TK Goh dari OUM dan Pn Citra wakil daripada pihak Libya selain daripada Tn Ahmad Radzi b Yusoff dan En Abdul Hafiz b Mohamad Nor dari  Enter Coridor Sdn Bhd.

Selain daripada perbincangan, pihak pelawat turut dibawa bersama untuk melawat bengkel-bengkel yang ada bagi melihat kemudahan yang ada agar ia dapat memberi gambaran yang lebih jelas lagi tentang program yang akan ditawarkan nanti.

Di akhir lawatan, pihak syarikat mengucapkan terima kasih atas masa yang telah diluangkan serta kerjasama yang telah diberikan. Pihak syarikat turut memaklumkan bahawa pihak mereka akan memperhalusi lagi kertas kerja yang ada dan akan membawa perkara ini ke Ibupejabat JTM agar satu MoU dapat ditandatangani nanti.


Perkara : PROGRAM SAMBUTAN ‘AMBANG KEMERDEKAAN 2013

Tarikh : 19 Ogos 2013

Ambang Merdeka

Pada 30 Ogos 2013 yang lalu, Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILP Kota Samarahan telah menganjurkan pertandingan kuiz kemerdekaan dan pertandingan koir lagu patriotik bersempena dengan sambutan “Ambang Kemerdekaan 2013”.

Program yang disertai oleh semua bengkel ini bertujuan untuk memberi kesedaran, kefahaman dan pengetahuan di samping untuk meningkatkan daya kreativiti dan inovatif pelajar berkaitan kemerdekaan dan dasar-dasar negara. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk menyemai rasa kecintaan serta menyuburkan semangat nasionalisme dan patriotisme kepada negara

 Ambang Merdeka

Kedua-dua pertandingan tersebut telah diadakan secara serentak pada malam berkenaan secara berselingan. Selepas tamat pertandingan, acara diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang dan persembahan oleh pemenang pertandingan koir lagu patriotik. Selepas daripada itu, program disambung dengan laungan merdeka oleh En Rahmat b Ayop sebanyak 7 kali dan diikuti oleh pelajar dan hadirin yang hadir apabila jam telah menginjak tepat pukul 12 tengah malam bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dan kecintaan pada negara. Program ini diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku.

Semoga dengan adanya program seumpama ini, diharapkan ianya dapat mencapai objektif perlaksanaan program seperti yang dinyatakan dan seterusnya membentuk insan yang berguna kepada negara.

Click to listen highlighted text! Powered By JTM