Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Faq

Category: FAQ
Hits: 39369

Soalan - Pada masa kini, berapakah bilangan ILJTM di seluruh negara yang beroperasi?

Pada masa kini terdapat 33 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia iaitu 8 ADTEC, 1 JMTI dan 24 ILP. Kesemuanya di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

 

Soalan - Dimanakah saya boleh membuat permohonan kemasukan dan bila?

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai. Permohonan adalah secara Aplikasi Atas Talian (online) di Laman Web JTM (www.jtm.gov.my/permohonaniljtm) bagi sesi kemasukan Januari dan di Laman Web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi (http://upu.mohe.gov.my) bagi sesi kemasukan Julai. Bagi permohonan melalui Laman Web UPU, pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM15.64 melalui kaunter BSN, ATM atau SMS Banking.

Sesi Kemasukan Aplikasi Permohonan Tempoh Permohonan Dibuka

Bayaran

Sesi Januari

www.jtm.gov.my/permohonaniljtm

September - Oktober

Percuma
Sesi Julai http://upu.mohe.gov.my Januari - April RM15.64
(Kaunter BSN, ATM & SMS Banking)

 

Carta Alir Permohonan Sesi Januari

Carta Alir Permohonan Sesi Julai

 

Soalan - Adakah bidang kemahiran yang dijalankan ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran?

Ya, semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK - nama dulu MLVK) dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek - subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.

 

Soalan - Berapakah jangkamasa untuk mengikuti latihan tersebut?

Jangkamasa yang ditetapkan adalah antara 6 bulan hingga 3 tahun. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti samada sijil, diploma dan diploma lanjutan.

 

Soalan - Berapakah had umur untuk mengikuti latihan di ILJTM?

JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu di tetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.

 

Soalan - Adakah lepasan ILJTM ini boleh melanjutkan pelajaran?

Ya, lepasan pelajar dari ILJTM berpeluang untuk meneruskan latihan mereka samada di ILJTM sendiri ataupun di institusi latihan lain yang menawarkan kursus berteraskan kemahiran.

 

Soalan - Adakah kursus - kursus yang dijalankan menjamin pekerjaan?

Kesemua kursus - kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh JPK. Kursus - kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Mengikut statistik kami, menunjukkan sejumlah 80 % dari lepasan ILJTM berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 6 bulan tamat latihan dalam pelbagai sektor industri yang ada.

 

Soalan - Apakah jenis kursus - kursus yang dijalankan di ILJTM?

ILJTM menawarkan pelbagai kursus kemahiran dalam pelbagai bidang antaranya Mekanikal & Pengeluaran, Elektrik & Elektronik, Teknologi Maklumat, Sivil & Bangunan, Percetakan dan Bukan Logam.

Click to listen highlighted text! Powered By JTM