Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Faq

Category: FAQ
Hits: 31217

Soalan - Apakah jenis kursus yang ditawarkan di ILJTM?

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) menawarkan kursus jangka pendek secara modular, customized dan persijilan professional secara separuh masa bagi meningkatkan kemahiran sedia ada pekerja industri serta mempromosikan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Sila rujuk Senarai Jangka Pendek ILJTM untuk lihat senarai kursus pendek yang ditawarkan pada tahun ini. Sekiranya kursus yang anda perlukan tidak tersenarai, sila hubungi Unit CESS di institut yang berkenaan untuk pertanyaan lanjut.

 

Soalan - Apakah syarat untuk menjadi peserta kursus?

Warganegara Malaysia. Sihat tubuh badan. Boleh menulis serta membaca.Bagi kursus persijilan professional adalah tertakluk kepada pra syarat yang telah ditetapkan oleh Badan Persijilan dan syarat Institut.

 

Soalan – Bagaimana dengan waktu pelaksanaan kursus?

Kursus Jangka Pendek ini kebiasaannya dijalankan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja. Namun begitu terdapat juga kursus yang dijalankan pada waktu bekerja bergantung kepada pihak Institut yang menawarkan kursus yang diambil.

 

Soalan – Berapakah yuran yang dikenakan bagi setiap kursus?

Bayaran yuran kursus yang dikenakan untuk seseorang bagi satu-satu kursus adalah meliputi yuran penyertaan,nota,bahan guna habis,penyediaan makan minum serta yuran peperiksaan sekiranya ada. Sila hubungi penyelaras kursus yang berkenaan.

 

Soalan – Apakah konsep pembelajaran bagi Kursus Jangka Pendek?

Pembelajaran kursus pendek adalah berpandukan konsep 'hands-on' di mana peserta mempunyai peluang untuk menjalankan kursus secara praktikal mengikut bidang kursus.

 

Soalan – Apakah jenis sijil yang diberikan?

Peserta kursus akan diberikan Sijil Penyertaan setelah lengkap kursus. Bagi kursus professional, Sijil Profesional akan diberikan oleh Badan Profesional setelah lengkap syarat-syarat kursus tersebut

 

 

 

Click to listen highlighted text! Powered By JTM