Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM
Category: Latest News
Hits: 12911

Malay version only

 

baruJabatan Perkhidmatan Awam telah mengedarkan soal selidik untuk Kajian Tinjauan Perkhidmatan Awam Malaysia: Keterlibatan Pegawai dalam Organisasi (The Malaysian Civil Service People Survey) melalui surat dan e-mel masing-masing bertarikh 17 Jun 2014 kepada Kementerian/Jabatan YBhg. Dato’/ Tuan/Puan. Berdasarkan analisa kajian rintis awal tersebut, didapati penyertaan daripada warga Kementerian/Jabatan dilihat tidak begitu menyeluruh di mana tahap penyertaan adalah amat rendah. Sehubungan dengan itu, kajian rintis tersebut akan dilaksanakan semula mulai 1 hingga 31 Oktober 2014.

Selaras dengan itu, kerjasama pihak YBhg.Dato'/Tuan/Puan adalah dipohon untuk menjawab soal selidik tersebut melalui pautan seperti berikut: http://www.interactive1.jpa.gov.my/survey/index.php/814482/lang-ms. Untuk perhatian YBhg. Dato’/Tuan/Puan juga, link kajian ini akan diaktifkan mulai 1 Oktober 2014.    

Bagi sebarang pertanyaan mengenai kajian tersebut, pihak YBhg.Dato'/Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai seperti di Lampiran A yang telah dilantik bagi setiap Kementerian/Jabatan untuk membantu dan memantau sepanjang tempoh kajian.

Kerjasama dan komitmen sepenuhnya daripada YBhg.Dato'/Tuan/Puan dalam memastikan semua warga Kementerian/Jabatan dapat menyertai dan menjayakan kajian ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Kajian Tinjauan Perkhidmatan Awam Malaysia 2014

Sekian.

Click to listen highlighted text! Powered By JTM