Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

News Feed

Category: News
Hits: 9344

Malay version only

 

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) -- Sejumlah 5,819 graduan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) bakal menerima sijil, diploma dan diploma lanjutan pada majlis konvokesyen kali ke-18 bermula 19 Nov ini.

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Datuk Romli Hassan berkata majlis konvokesyen yang bertemakan 'Melestarikan Kecemerlangan' itu akan berlangsung selama dua hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Katanya daripada keseluruhan penerima, seramai 1,456 orang adalah graduan Diploma, Diploma Lanjutan (45 orang), Sijil Teknologi dan Sijil Juruteknik Perindustrian (4,289) dan 29 orang menerima Sijil Khas Penerbangan (aviation).

"JTM pada tahun ini menganjurkan tiga majlis konvokesyen untuk meraikan para graduan yang telah menamatkan pengajian. Bagi zon Sarawak, majlis konvokesyen berlangsung pada 24 Okt lepas manakala bagi zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula pada 3 Nov," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Romli berkata seramai 649 graduan untuk zon Sarawak dan 812 graduan bagi zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah menerima sijil masing-masing menjadikan jumlah keseluruhan graduan ILJTM yang tamat pengajian pada tahun ini ialah 7,280 orang.

"Graduan ini datang dari 32 ILJTM merangkumi 23 institut Latihan Perindustrian (ILP), lapan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)," katanya.

Pada majlis konvokesyen itu, ILJTM turut memberi penghargaan kepada graduan melalui beberapa anugerah khas iaitu anugerah Graduan Terbaik, Anugerah Khas Graduan, Anugerah Tokoh Graduan, Anugerah Syarikat Contoh dan anugerah Pelajar Cemerlang.

Sehingga kini ILJTM telah melahirkan 532,678 tenaga mahir melibatkan graduan kursus sepenuh masa dan kursus jangka pendek dalam pelbagai bidang, katanya.

JTM yang sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) ditubuhkan pada tahun 1964 dan memberi fokus kepada program latihan kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam pelbagai sektor bagi merealisasikan visi status negara maju dan berpendapatan tinggi.

-- Sumber BERNAMA

Click to listen highlighted text! Powered By JTM