Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

News Feed

Category: News
Hits: 6391

Malay version only

 

Newspaper: Utusan Malaysia - TImur | Date : 12 February 2014

MARANG 11 Feb. - Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang di Kampung Kubang Parit dekat sini merancang untuk menawarkan lima lagi bidang kursus selain tiga kursus sedia ada dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang teknologi tinggi negara.

Lima kursus baharu bagi peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) itu adalah Teknologi Komputer Rangkaian, Teknologi Percetakan (Grafik), Teknologi Percetakan (Cetak), Teknologi Elektronik Industri dan Teknologi Jaminan Kualiti.

Institusi kemahiran itu sedang dalam proses mendapatkan segala keperluan peralatan bagi kursus Teknologi Komputer Rangkaian, Teknologi Percetakan (Grafik) dan Teknologi Percetakan (Cetak) yang dijangka diperolehi tahun ini sebelum mula dilaksanakan tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat ILP Marang, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar (gambar) memberitahu, dua lagi kursus yang bakal ditawarkan, Elektronik Industri dan Jaminan Teknologi masih belum diputuskan pelaksanaannya kerana menunggu pengesahan mengenai bekalan peralatan diperlukan.

Menurut beliau, dengan penambahan bidang pengkhususan itu bagi meningkatkan peranan ILP Marang, pengambilan pelajar akan dilakukan dengan ketetapan 20 pelajar bagi setiap kursus.

Sumber : Utusan Malaysia

Click to listen highlighted text! Powered By JTM