Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

News Feed

Category: News
Hits: 4498

Malay version only

 

Akhbar : Utusan Malaysia (Dalam Negeri) |  Tarikh : 19/11/2014


PUTRAJAYA 18 Nov. – Malaysia yang bakal menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun depan akan berusaha melaksanakan mekanisme pengiktirafan bersama supaya kelayakan tenaga kerja profesional dari negara-negara anggota dapat diperakui.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, dengan saling mengiktiraf kelayakan profesional antara negara-negara anggota, usaha tersebut mampu memenuhi ke­perluan industri di Asia Tenggara serta memudahkan tenaga kerja profesional bekerja di rantau ini.

“Untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di ASEAN, program pengiktirafan bersama telah diusahakan untuk profesion doktor perubatan, doktor pergigian, jururawat, jurutera, arkitek, akauntan, juruukur dan pekerja profesional dalam bidang pelancongan,” katanya ketika berucap dalam forum Komuniti ASEAN 2015 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Richard Riot berkata, Malaysia sudah lama memperakui sumbangan pekerja asing kepada pembangunan negara serta bersedia bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kebajikan mereka dijaga dengan baik.

“Projek Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) untuk melindungi pekerja asing telah dilancarkan di Malaysia pada 2012, bertujuan mengukuhkan dasar pengambilan dan perlindungan pekerja asing di negara ini,” katanya.

Sementara itu, menurut laporan ILO berdasarkan kajian 2012 yang diedarkan kepada pihak media, Malaysia merupakan salah satu destinasi utama untuk pekerja asing dengan 13.6 peratus tenaga manusia di negara ini terdiri daripada warganegara asing.

Daripada jumlah pekerja asing yang berada di Malaysia, lebih 60 peratus daripadanya berasal dari negara anggota ASEAN terutama Indonesia, Myanmar dan Vietnam.

Menurut kajian ILO lagi, rak­yat Malaysia pada masa yang sama menyumbang 45 peratus kepada tenaga kerja asing di Singapura, sekali gus menjadi kumpulan pekerja asing paling banyak di negara jiran tersebut.

ILO menyimpulkan migrasi pekerja antara negara-negara ASEAN adalah tertumpu kepada pekerja berkemahiran rendah atau sederhana dan trend tersebut dijangka berterusan pada masa hadapan.

Click to listen highlighted text! Powered By JTM