Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

News Feed

Category: News
Hits: 5247

Bidang Teknikal Jadi Pilihan

13 November 2015

 

Bot utiliti hasil penuntut ILP lulus dalam tiga ujian pengujian iaitu ketiga iaitu draf, stabiliti dan keapungan yang dilakukan oleh anggota TLDM di sini, semalam.

 

KUANTAN – Sebanyak 900,000 peluang pekerjaan baharu dijangka akan diwujudkan pelbagai agensi khususnya kepada individu yang mempunyai kelulusan dalam bidang teknikal dan vokasional menjelang tahun 2020.


Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Syed Mohamad Noor Syed Mat Ali berkata, peluang pekerjaan itu dijangka akan disediakan melalui pembangunan modal insan Rancangan Malaysia ke 11 dalam usaha meningkatkan jumlah tenaga kerja mahir di negara ini.

“Kerajaan juga menyasarkan 60 peratus daripada 1.5 juta peluang pekerjaan baharu bakal disediakan kerajaan terdiri daripada individu yang mempunyai kelayakan berkaitan Program Latihan Teknikal dan Vakosional (TVET).

“Ini menunjukkan kerajaan berhasrat untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuantan-Mawilla 1 Projek Memperkasakan TVET: Pengujian Bot Utiliti di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang di sini, semalam.

Dalam program berkenaan, ILP Kuantan mencipta  ejarah tersendiri apabila membina sebuah bot utiliti dalam usaha memperkasa TVET di negara ini.

Menyentuh mengenai program tersebut, Syed Mohamad Noor berkata, ILP Kuantan merupakan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) pertama melakukan projek berimpak tinggi itu yang membabitkan kerjasama syarikat tempatan serta Markas Wilayah Laut 1 (Mawilla 1).

“Projek ini merupakan program latihan penuntut ILP bidang Fabrikasi Logam dan Kimpalan. Bermula pada 2013, program ini hari ini menjalani fasa penting iaitu pengujian draf, stabiliti dan apungan.

“Fasa seterusnya pemasangan enjin sehingga pengujian sebenar bot utiliti ini, kita bukan kilang buat kapal, kita institut latihan kemahiran. Sebab itu kita bekerjasama dengan syarikat tempatan, kita sumbang kepakaran dan mereka menyediakan kelengkapan membina bot ini,” katanya.

 

sumber: 

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/pahang/bidang-teknikal-jadi-pilihan-1.451037#.Vk-7yen1CSg.facebook

Click to listen highlighted text! Powered By JTM