Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

News Feed

Category: News
Hits: 4765

Akhbar : Sinar Harian   |  Tarikh : 14 November 2015


ALOR GAJAH  - Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Melaka menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengeluaran kenderaan ringan dan berat terkemuka, Hino Motors (M) Sdn Bhd bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan pakar terutama dalam bidang automotif.

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Chin Phaik Yoong berkata, kerjasama pintar yang terjalin bagi tahun kedua itu bagi memberi pengalaman baru selain pengetahuan mengenai automotif kepada mereka yang terpilih termasuk melihat teknologi baharu yang diguna pakai syarikat terbabit.

Katanya, menerusi perjanjian yang ditandatangani Hino juga bersetuju menghantar seorang jurutera mereka untuk mengajar modul automotif dan teknologi baharu kepada pelajar secara sambilan bagi tempoh enam bulan sepanjang kerjasama ini dijalankan.

“Satu usaha sama yang perlu diteruskan yang mana kedua-dua pihak mendapat manfaat dan lebih peluang seperti ini bukan mudah untuk diperoleh.

“Melalui kerjasama yang terjalin Adtec berpeluang menghantar tenaga pengajar dan pelajar mereka ke Jepun untuk menimba pengalaman dan melakukan latihan industri sepanjang berada sana,” katanya.

Phaik Yoong berkata demikian kepada pemberita selepas Program Penyerahan Surat Tawaran ‘Economic Partnership Program’ (EPP) dan Majlis Menandatangani Kerjasama Pintar dengan Syarikat Hino Motors di Adtec Melaka di Taboh Naning, kelmarin.

Hadir sama, Setiusaha Bahagian Unit Perancang Ekonomi negeri Mariam Alias; Pengarah Urusan Hino Motors Manufacturing (M) Sdn Bhd, Ikuo Shibano dan Pengarah Adtec Melaka, Mohd Zabidin Abd Samad.

Tambahnya, kerjasama berkenaan dijangka akan bermula awal tahun depan dan pihaknya akan menaja perbelanjaan tenaga pengajar serta pelajar Adtec yang terpilih untuk ke Jepun.

“Saya berharap mereka yang terpilih akan menggunakan peluang ini sebaiknya memandangkan Hino sebuah syarikat terkemuka dan mempunyai ramai tenaga pakar dalam bidang teknologi baharu ini.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan pelajar yang terpilih mempunyai peluang untuk bekerja terus dengan Hino sekiranya berjaya melaksanakan tugas sepanjang menjalani latihan industri memandangkan sebelum ini lima daripada 17 pelajar yang menjalani latihan dengan Hino terus diambil bekerja di Jepun,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Click to listen highlighted text! Powered By JTM