Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

News Feed

Category: News
Hits: 19137

Akhbar : Sinar Harian | Tarikh : 5 Februari 2016


BERBEKALKAN simpanan kira- kira RM4,000 dia memulakan langkah pertama dengan mengusahakan bengkel membaiki kereta mewah secara kecil- kecilan di halaman rumahnya di Kampung Pasir Jelatang, Pasir Hor di sini.

Ketika itu, Mohd Faizal Yaacob, 32, yang juga pemilik Faizal Motor Works mengakui terpaksa mengorbankan waktu rehat dan tidurnya bagi memastikan dia mempunyai waktu khas untuk mengendalikan bengkelnya berikutan masih terikat sebagai pekerja di Lee Motor Sdn Bhd.

Mohd Faizal berkata, sebelah siang (jam 8.30 pagi hingga 6 petang) dia perlu memberikan komitmen sebaiknya terhadap tugasnya sebagai pekerja dan bermula pada jam 8.30 malam hingga 2 pagi dia akan menumpukan terhadap perusahaan dijalankan.

Kini, selepas 12 tahun menimba pengalaman sebagai mekanik di termasuk di Mofaz Exotic Car, Mohd Faizal yakin sudah tiba masanya untuk dia memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap bengkel diusahakan.

“Saya bermula dari bawah, dengan modal permulaan yang saya kumpul sedikit demi sedikit, saya laburkan untuk menyediakan keperluan asas bagi mengusahakan bengkel ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di bengkelnya di Lundang dekat sini.

Mengakui tidak mudah untuk berada pada tahap yang dikecapi kini, Mohd Faizal berkata, pelbagai cabaran perlu dihadapi dan banyak yang perlu dikorbankan termasuk masa untuk diri sendiri dan keluarga.

Majikan kepada empat pembantu ini mengakui, minimum kos antara RM3,000 hingga RM4,000 untuk menyelesaikan masalah kenderaan dihadapi pelanggan, menyebabkan dia perlu lebih teliti dalam membuat keputusan untuk hasil terbaik.

“Cara saya bekerja cukup ringkas, patuhi setiap langkah ditetapkan, setiap permasalahan dikenal pasti dengan baik berdasarkan maklumat yang dirujuk daripada sumber- sumber tertentu, kemudian penyelesaian dicari sebelum tindakan diambil,” katanya.

Menurut lepasan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu ini lagi, dalam setiap tindakan dilakukan, prinsipnya cukup mudah, mengutamakan pelanggan, kerana kepuasan mereka merupakan elemen penting di sebalik kerja dilakukan.

“Walau macam mana sekalipun tekanan ekonomi dihadapi, kenderaan tetap perlu dibaiki apabila sampai masanya, itu kenyataan, walaupun adakala tidak terlepas daripada mendengar rungutan tentang alat ganti yang semakin mahal nilainya, kerana ia diimport dari Jerman,” katanya.

Faizal Motor Works beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang menyediakan semua kemudahan termasuk servis, wiring, dan pemeriksaan am untuk kereta- kereta mewah.

Sumber : Sinar Harian

Click to listen highlighted text! Powered By JTM