Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

News Feed

Category: News
Hits: 5154
TATIUC Meterai Tiga MoU Bersama Kolej Kemahiran Dan Industri
KEMAMAN, 18 April (Bernama) -- Terengganu Advanced Technical Institute University College (TATIUC), milik kerajaan negeri, hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama sebuah kolej kemahiran dan dua syarikat swasta.

Tiga pihak itu ialah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kemaman, Serba Dinamik Sdn Bhd, dan Eastern Steel Sdn Bhd.

Pengerusi Lembaga Pengarah TATIUC, Ghazali Taib berkata kerjasama tersebut meliputi beberapa aspek termasuk pertukaran pelajar, penyediaan kursus kemahiran jangka pendek dan penempatan pelajar untuk latihan industri.

"Kerjasama ini sebenarnya memberi keuntungan kepada dua-dua pihak iaitu pihak industri dan TATIUC sendiri.

"Pihak industri tak perlu keluarkan kos untuk mencari pekerja sebab kita mengeluarkan tenaga mahir dan TATIUC juga dapat kelebihan kerana pelajarnya dapat peluang pekerjaan.

"Ini salah satu peluang untuk TATIUC tingkatkan kebolehpasaran kerja (pelajar) dan ini selaras dengan hasrat Tatiuc untuk menjadi sebuah universiti penuh kelak," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU itu.

Mou tersebut ditandatangani Rektor Tatiuc, Prof Madya Dr Mohd Zamri Ibrahim bersama Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia Kuala Lumpur, Datuk Chin Phaik Yoong; Pengurus Cawangan Serba Dinamik Sdn Bhd, Khairul Azizi Omar; dan Pengarah Eastern Steel Sdn Bhd, Low Choong Sing.

Sementara itu, Phaik Yoong berkata kerjasama tersebut membolehkan Tatiuc menggunakan peralatan yang disediakan di Adtec.

"JTK ada 32 institut latihan perindustrian dan memang kita sediakan peralatan yang mencukupi mengikut apa yang pasaran gunakan," katanya.

-- BERNAMA

 

Click to listen highlighted text! Powered By JTM