Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

News Feed

Category: News
Hits: 12783

Malay version only

 

Akhbar :myMetro - Setempat  |  Tarikh : 21 November 2012 |

SEPANG: Pelajar yang mewakili negara dalam Pertandingan Kemahiran  Asean 2012 (ASC) di Jakarta, Indonesia wajar menjadi contoh kepada  generasi muda tempatan walaupun sekadar memenangi tiga pingat emas serta  masing-masing empat pingat perak dan gangsa.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata,  penyertaan dan pencapaian mereka secara tidak langsung dapat membuka  mata rakyat di negara ini supaya melihat bidang kemahiran teknikal dan  vokasional sebagai satu bidang yang harus diberi keutamaan.
“Ini adalah kejayaan anak muda negara ini dan ia membuktikan bidang  kemahiran teknikal dan vokasional bukan calang-calang bidang, sebaliknya  dapat membantu membangunkan negara pada masa depan,” katanya ketika  ditemui media sebaik tiba dari Jakarta bersama 44 peserta ASC di  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Pingat emas dalam pertandingan selama lapan hari bermula 13  November lalu itu dimenangi pelajar pemasangan elektrik dari Institut  Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu, Nik Mohd Fakrul Razi Nik  Ahmad Kamil; Amran Naim (kerja paip dan pemasangan, ILP Labuan) dan Chen  Kim Leun (bidang masakan, Kolej Universiti Taylor).

Maznah  berkata, walaupun gagal mencapai sasaran 10 emas, beliau berbangga  dengan prestasi semua pelajar yang menyertai pertandingan itu kerana  menunjukkan semangat juang tinggi. Justeru, katanya,  sesetengah daripada mereka akan dipilih mewakili Malaysia ke  Pertandingan Kemahiran Dunia yang dijadual berlangsung di Leipxig,  Jerman Julai tahun depan.

 

“Kami akan melakukan ‘post mortem’ terhadap peserta pertandingan itu sebelum memilih mereka yang layak mewakili negara. “Tidak semestinya peserta yang memenangi pingat emas akan dipilih,  namun prestasi peserta di ASC Jakarta sebagai kayu pengukur untuk  membuat keputusan.

 

“Malah, kami juga akan meneliti sama ada menyertai semua bidang  atau memilih bidang tertentu saja yang mempunyai kekuatan,” katanya.

Click to listen highlighted text! Powered By JTM