Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

News Feed

Category: News
Hits: 10176

Akhbar : Melakakini    |   Tarikh : 26 Februari 2019


ALOR GAJAH 26 Feb. – Satu memorandum persefahaman (MoU) antara Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka dan Institusi Teknologi Nasional, Kolej Nagaoka Jepun (NITNC) dimenterai di Pusat Sumber ADTEC, di sini, tadi.

Majlis tersebut adalah sambungan perjanjian kerjasama yang ditandatangani pada November 2014.

MoU tersebut merangkumi pertukaran teknologi dan kepakaran dalam bidang elektronik dan mekanikal yang melibatkan staf dan pelajar ADTEC Melaka yang akan dihantar ke NITNC.

Antara objektif utama Mou tersebut juga bagi mendapatkan khidmat yang terbaik daripada pakar-pakar bidang dalam program terbabit di NITNC.

Perjanjian itu juga selaras dengan usaha kerajaan Malaysia melalui Jabatan Tenaga Manusia dalam memperkasakan Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Sumber Manusia, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar; Pengarah NITNC, Dr. Takeshige Motomu; Setiausaha Pertama Duta Jepun, Hiromichi Sakai dan Pengarah ADTEC Melaka, Mohamad Zabidin Abd. Samad.

Sumber : Melakakini.my

Click to listen highlighted text! Powered By JTM