Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

News Feed

Category: News
Hits: 2028

AKhbar : Berita Harian |   Tarikh : 30 April 2021 


KUALA LUMPUR: Daikin Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan perkhidmatan pembersihan penyaman udara terbaharunya, Go Clean dalam aplikasi Go Daikin.

Pengurus Besar Jualan dan Perkhidmatan Daikin Malaysia, Lawrence Song, berkata kumpulan sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan bukan hanya dari aspek produk, tetapi menumpukan kepada perkhidmatan selepas jualan.

"Daikin Malaysia memahami kepentingan memastikan kepuasan pelanggan selepas jualan. Kumpulan bangga kerana kekal menjadi antara jenama yang memberikan penyelesaian sehenti untuk semua keperluan penyaman udara.

"Perkhidmatan terbaharu ini sudah melalui beberapa penambahbaikan secara berterusan serta kerjasama erat dengan rakan kongsi kami seperti Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

"Tenaga kerja yang terbabit dalam penyelenggaraan penyaman udara juga mendapat tunjuk ajar dari JTM," katanya selepas pelancaran Go Clean secara maya hari ini. Aplikasi Go Daikin yang dilancarkan pada Julai 2020 terus dikembangkan bagi tujuan mengintegrasikan produk dan perkhidmatan Daikin ke dalam satu aplikasi, sekali gus memanfaatkan digitalisasi pasaran.
 

Petikan Penuh : https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2021/04/812321/daikin-perkenal-khidmat-pembersihan-penyaman-udara 

Click to listen highlighted text! Powered By JTM