Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Pengumuman

Category: Announcement
Hits: 892293

UCAPAN TAHNIAH KETUA PENGARAH JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) KEPADA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2016

 

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada 262 warga cemerlang JTM yang telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini merupakan suatu bentuk penghargaan dan pengiktirafan kepada warga JTM di atas segala jasa, sumbangan dan pengorbanan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam. Semoga ia menjadi pendorong kepada semua warga JTM untuk terus memberikan sepenuh perhatian dan daya usaha untuk mempertingkatkan produktiviti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi.

Click to listen highlighted text! Powered By JTM