Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

ePenyertaan

Kategori: Perkhidmatan
Hit: 15352


Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Tenaga Manusia (JTM). JTM sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh yang demikian, JTM amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan jabatan seperti berikut:

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  3. Mengelakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
  7. DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
  12. Sebagai peserta e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.

Konsikan Suara Anda

  • myThought - myThought adalah satu ruang dimana kita sebagai rakyat Malaysia dapat menyumbangkan idea dan cadangan dalam meningkatkan lagi mutu penyampaian kami dalam menuju misi dan visi yang diamanahkan. Idea anda yang bernas dan boleh diketengahkan ini akan kami jadikan landasan bagi segala cabang segi yang seterusnya menjamin kebajikan pekerja, majikan dan kesatuan khususnya.

 

Hasil Suara Anda

Bil Tajuk Keputusan Catatan
1 Adakah Kursus Ditawarkan Di ILJTM Memenuhi Kehendak Pasaran & Industri ? Keputusan Undian -
2 Kajian Kepuasan Pelanggan Bagi Perkhidmatan 1GovUC Keputusan Undian Tarikh Tutup - 29 Januari 2016
3 Soal Selidik Kursus Jangka Pendek Di ILJTM Keputusan Undian -
4 Kajian Tahap Kepuasan Penggunaan TMS di ILJTM Keputusan Undian  Tarikh Tutup - 30 November 2016

 

Jika anda mempunyai sebarang permohonan untuk mendapatkan maklumat, sila kemukakan permohonan anda secara rasmi ke :

Jabatan Tenaga Manusia
Aras 6, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia

  • No Tel : 03-88865555 
  • No Faks : 03-88892417
  • Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

**Penafian - Permohonan sebarang maklumat dan data yang dipohon masih lagi bergantung kepada keputusan Jabatan.



Click to listen highlighted text! Powered By JTM