Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Kursus / Program Yang Ditawarkan

Kategori: Kursus
Hit: 2549

PENGENALAN

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. ILJTM terdiri daripada dua puluh dua (24) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat (8) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). ILP menawarkan program peringkat Sijil & Sijil Lanjutan serta Diploma, sementara ADTEC dan JMTI menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

PENGAMBILAN PELAJAR

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online) di Laman Web JTM (www.jtm.gov.my/permohonaniljtm) bagi sesi kemasukan Januari dan di Laman Web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi (http://upu.mohe.gov.my) bagi sesi kemasukan Januari atau Julai. Bagi permohonan melalui Laman Web UPU, pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM15.64 melalui kaunter BSN, ATM atau SMS Banking.

Sesi Kemasukan Aplikasi Permohonan Tempoh Permohonan Dibuka

Bayaran

Sesi Januari

www.jtm.gov.my/permohonaniljtm

September - Oktober

Percuma
Sesi Julai http://upu.mohe.gov.my Januari - April RM15.64
(Kaunter BSN, ATM & SMS Banking)

FASILITI

JTM menyediakan pelbagai kemudahan di setiap Institusi latihannya; seperti kemudahan asrama, makanan, dewan kuliah, makmal, bengkel latihan, kemudahan sukan & riadah, kantin, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.

BAYARAN

Yuran Pengajian:

  • Diploma & Diploma Lanjutan: RM3,000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak)
  • Sijil & Sijil Lanjutan: Percuma, kecuali pelajar tajaan.

Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM650-RM700 tertakluk kepada institut).

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

CARTA ALIR PERMOHONAN KEMASUKAN

1. Pengambilan Sesi Januari

2. Pengambilan Sesi Julai

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan pegawai di bahagian berikut:

Bahagian Pengurusan Latihan (BPL),
Jabatan Tenaga Manusia (JTM),
Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya
Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482/ 2418
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Click to listen highlighted text! Powered By JTM