Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Pengiktirafan

Kategori: Pengiktirafan
Hit: 21695

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

 

Pengiktirafan Kelayakan JPA Kepada Pelajar Program Diploma Teknologi di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) & Diploma Pengajar Vokasional Di CIAST/ILP

Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) yang dipengerusikan oleh Y.B Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dalam mesyuaratnya yang ke 85 pada 25 Oktober 2004 telah bersetuju meluluskan pengiktirafan kelayakan Diploma Teknologi dari ADTEC/ILP dan Diploma Pengajar Vokasional dari CIAST secara Khas Untuk Penyandang bagi graduan ambilan tahun 2004 dan sebelumnya.

Sila rujuk lampiran memo yang dikemukakan oleh JPA kepada JTM nombor rujukan Bil.Surat JPA (L) S. 180/8/1-96 ( ) bertarikh 27 Oktober 2004.

Bagi graduan ambilan tahun 2005 hingga 2007, Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) yang dipengerusikan oleh Y.B Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dalam mesyuaratnya yang ke 96 pada 9 Ogos 2007 telah bersetuju untuk mengiktiraf kelayakan-kelayakan Diploma Pengajar Vokasional di CIAST dan ILP serta kelayakan-kelayakan Diploma Teknologi di ADTEC. Ia telah diiktiraf setaraf dengan Diploma Teknologi dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan yang lain secara Khas Untuk Penyandang (KUP) kepada pelajar-pelajar kemasukan tahun 2005 sehingga 2007 bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. Manakala pengiktirafan bagi pelajar-pelajar kemasukan selepas tahun 2007 adalah tertakluk kepada maklumbalas daripada pihak JTM ke atas penambahbaikan yang disarankan oleh JPA (seperti di Lampiran Rujukan : JPA(L)S.180/8/1-96 Klt.3 (22) dan JPA(L)S.180/8/1-96 Klt.3 (23))

Sila rujuk lampiran memo yang dikemukakan oleh JPA kepada JTM - nombor rujukan Bil.Surat JPA(L) S.180/8/1-96 Klt.3 (22) dan JPA(L) S.180/8/1-96 Klt.3 (23) bertarikh 14 OGOS 2007.

Senarai kursus-kursus bagi Kelayakan Diploma Teknologi dari ADTEC/ILP dan Diploma Pengajar Vokasional dari CIAST/ILP yang telah diiktiraf oleh JPA boleh disemak di laman web JPA seperti berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

Click to listen highlighted text! Powered By JTM