Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM)   Click to listen highlighted text! Selamat Datang PORTAL RASMI JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) Powered By JTM

Pengumuman

Kategori: Pengumuman
Hit: 2882

 

 

 

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2014 akan berlangsung pada 18 Ogos 2014,jam 8.00 pagi bertempat di Dataran Putrajaya (hadapan Istana Kehakiman) Wilayah Persekutuan Putrajaya. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2014  pada tahun ini amat istemewa kerana Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-57, nostalgia mengenang tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Putrajaya dipilih sebagai perintis kepada usaha mengibar Jalur Gemilang yang bakal menyaksikan segenap pelosok Putrajaya akan dipenuhi dan disemarakkan dengan Jalur Gemilang.

Justeru, sebagai usaha menyemarakkan lagi pelancaran sambutan ini serta selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri untuk memastikan penglibatan semua lapisan masyarakat, penjawat awam serta masyarakat sekitar Putrajaya dijemput hadir memeriahkan program ini

Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik dan kerjasama pihak  Y.Bhg Tan Sri/Datuk/Dato' Sri/Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan untuk membantu hebahan perkara  ini  melalui laman sosial, makluman emel, muatnaik poster serta e-banner di portal atau laman web  Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing. 

Perhatian dan kerjsama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.

 

 

 

Click to listen highlighted text! Powered By JTM